Tips Penulisan dari Sri Rahayu

Bagaimana memulakan cerita

Sebelum penulis menulis ceritanya, sebelum dia mendapat falsafah & ideologi yang cuba disampaikan, penulis mestilah membentuk WATAK UTAMA di dalam cerita tersebut.

Ø  Jantina (lelaki/Perempuan)

Ø  Umur – lebih baik menulis tentang umur yang pernah anda lalui daripada menulis umur yang anda belum lalui (bagi watak utama).

Ø  Bagaimana rupa paras watak ini? Gariskan secara detail. Warna kulitnya, bangsanya, rambutnya, ketinggiannya, gempal kurusnya, pakaiannya yang lazim, cara dia bercakap. Biarkan watak ini hidup dalam diri anda. Bayangkan anda boleh bercakap dengan watak ini.

Ø  Siapa ahli keluarganya?Adakan ahli keluarganya?Atau dia bersendirian?

Ø  Dia tinggal di mana?

Ø  Apakah hobinya? Apa yang yang tidak digemarinya.

Kesimpulannya: Bentuk watak yang penuh dengan serba-serbi. Anda akan menukar detail ini sepanjang penulisan tapi yang penting, watak itu mesti ada terlebih dahulu.

Membina Profil Psikologi Watak

Anda telah mengenali watak utama secara fizikal. Sekarang anda membina hati & perasaannya, jiwanya, kekuatan & kekurangannya.

Senaraikan perkara-perkara berikut bagi watak utama anda:

  1. Kenangan paling awal di dalam memori: Sejak bila watak boleh mengingati sesuatu? Apakah ingatan itu? Kenangan yang baik atau buruk?
  2. Kenangan paling manis:
  3. Kenangan paling buruk:
  4. Cita-cita: Cita-cita bukanlah sekadar mahu mengejar kerjaya tertentu, tetapi lebih kepada sesuatu yang dapat memuaskan jiwa watak.

Contoh:

  1.  
    1. Hendak bertemu seseorang & kenapa (harap-harapnya bukan artis popular!)
    2. Hendak ke sesuatu tempat & kenapa (harap-harapnya bukan konsert!)
    3. Hendak menemukan seseorang dengan seseorang yang lain.
    4. Hendak menjumpai sesuatu yang telah lama hilang.
    5. Hendak pergi.
    6. Hendak kembali.
    7. Hendak merantau.

·         pastikan kehendak-kehendak ini merentas waktu dan era, bukan sekadar sesuatu fad atau trend.

·         cita-cita atau kehendak watak utama sebenarnya berkait rapat dengan kehendak jiwa manusia secara psikologi iaitu:

    a)    mengkehendakkan untuk hidup.

    b)    mengkehendakkan untuk berada di dalam keadaan selamat.

    c)     mengkehendakkan bumbung di atas kepala, makanan, pakaian, keperluan asas yang lain.

    d)    mengkehendakkan diterima oleh kumpulan di mana watak itu berada (keluarga, rakan-rakan, sekolah, dan lain-lain)

   e)    berkehendakkan kasih saying.

   f)      berkehendakkan untuk memuaskan hati orang di sekeliling.

  g)    Berkehendakkan untuk mencipta kejayaan yang bakal menjadi kebanggaan diri sendiri dan orang di sekeliling.

Perhatikan kehendak-kehendak dari a hingga g berturutan. a mesti dicapai terlebih dahulu sebelum mencapai b dan seterusnya.

Anda yang membaca mungkin terasa mengapa begitu rumit lagi leceh kerja menulis ini, sedangkan bahagian menulisnya belum pun bermula lagi! Memanglah begitu. Kesabaran itu salah satu sifat kerja menulis.

Bagaimana membina plot menggunakan profil psikologi watak.

 

Di bawah adalah rajah asas unsur-unsur plot (elements of plot)

 

Pengenalan    >        Konflik  >       Klimaks  > Resolusi

 

Soalan: Bagaimana profil psikologi berkaitan dengan plot?

 

Jawapan: Maklumat di dalam Bab 1 akan mengambil tempat di dalam Pengenalan. Maklumat di dalam Bab 2 akan mengambil tempat di dalam Konflik. Maklumat dari Bab 2 juga akan mempengaruhi bagaimana watak akan menghadapi peristiwa mengejutkan di dalam Klimaks dan juga bagaimana watak meneruskan hidup selepas Klimaks terlerai, iaitu bahagian Resolusi.

 

Latihan membina plot menggunakan profil psikologi watak yang telah lengkap

 

Cerita yang tidak mempunyai konflik bukan cerita. Ia mungkin akan menjadi esei pendapat, esei idea, esei kritkan ataupun satu omelan yang amat membosankan. KONFLIK tercipta apabila terdapat MASALAH. Masalah yang dihadapi oleh watak utama boleh anda dapatkan dari profil psikologi yang anda telah lengkap.

 

Latihan.

 

Sila lengkapkan latihan di bawah

 

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH WATAK UTAMA

CARA MENYELESAIKAN MASALAH

APA YANG DILAKUKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

APA YANG MENGHALANG PENYELESAIAN MASALAH

APA YANG DILAKUKAN OLEH WATAK UNTUK MENGHAPUSKAN HALANGAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

WATAK UTAMA mesti memberi respon yang agresif terhadap masalahnya. Jika tiada respon, tiada apa yang dapat diceritakan. Respon yang agresif boleh jadi respon negatif atau positif, tetapi yang penting mesti mempunyai repson.

 

Apabila anda selesai melengkapkan latihan di atas, anda akan dapati plot akan berputar dan berpasksikan permasalahan yang dihadapi oleh watak utama. Maka, terciptanya cerita berpaksikan watak atau a character-driven plot.

 

Ralat: Saya memohon maaf kepada Kak Sri Rahayu kerana agak lewat mengupdate laman ini begitu juga kepada pengunjung yang tidak sabar membaca tips penulisan Kak Sri Rahayu. Tips Penulisan Kak Sri Rahayu: Secara esklusif hanya di HasifHamsyariZone.

 

Penghargaan

 

Sekalung ucapan terima kasih tidak terhingga pada penulis mantap, Sri Rahayu Mohd Yusop kerana sudi menurunkan ilmu penulisannya di blog ini. Diharapkan pembaca mendapat manfaat yang berguna daripadanya.

Profil Penulis

wajah pemenang... Nisah Haron (berbaju ungu), Rahayu (berbaju hitam) dan Ummu (berbaju putih)

SRI RAHAYU BINTI MOHD YUSOP dilahirkan pada tanggal 18 Jun 1976 di Tanjong Karang, Selangor. Mendapat pendidikan di SK Kebangsaan Batu 9, Jalan Bomba, Tanjong Karang, Selangor. Kemudian berpindah ke Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru. Beliau pernah menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education. Beliau bekerjaya sebagai guru Bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau telah pun berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Antara novel-novel yang pernah dihasilkannya ialah

1)    Bukan Legasi Lalang (2001, UPND)

2)    Merdekakan Cinta Ratna (2003, UPND)

3)    Odisi Tanah Kencana (2007, UPND)

4)    Warisnya Kalbu (2008, UPND)

Selain bidang penulisan novel, beliau juga telah menghasilkan dua buah cerpen yang pernah disiarkan di beberapa majalah iaitu Perginya Tanpa Maaf (Tunas Cipta, Mac 2004) dan Reeves, Cormack & Semak (Mingguan Malaysia, Jun 2004)

Sinopsis Novel Warisnya Kalbu

Warisnya Kalbu

Warisnya Kalbu

Hassan Basri dan 11 rakan sekolahnya menghadiri ujian pemilihan peserta untuk mewakili sekolah dalam pertandingan berbalas pantun yang dikendalikan oleh guru mereka, Puan Rabiatul Adawiyah. Dalam ujian tersebut Khadija, gadis kacukan Inggeris-Melayu mengungkapkan pantun yang dipetik daripada buku R. Winstedt, manakala Hassan basri memetik karya asli yang terdapat dalam buku catatan harian Cempaka, anak Orang Kaya Berlapan di Pahang yang bertarikh 1277 Hijriah.

Pada hari pemilihan, Hassan Basri dan Khadija adalah antara empat peserta yang diumumkan berjaya. Walaupun pada awalnya usaha murni mereka dipersendakan oleh ahli keluarga, mereka tetap gigih menjalani latihan. Mereka turut menjalankan penyelidikan untuk memahami dan menghayati keistimewaan pantun daripada sumber yang autentik. Berdasarkan catatan sejarah dan kaedah mengarang pantun yang diwarisi, mereka dapat mendalami kebijaksanaan seni mengarang pantun Melayu.

Karya yang disarati ilmu tentang pantun ini mengungkapkan usaha sekumpulan pelajar untuk melestarikan khazanah seni warisan Melayu.

“Warisnya Kalbu” merupakan karya pascakolonial tentang pandangan balas yang mengutamakan keunggulan peribumi dan lokaliti. Dua budaya bertentangan, dicairkan, dan imej-imej perkasa Barat ditenggelamkan, serta dinyahkan dari persada paksi kuasa.

 

Dapatkan novel ini secara online di alamat http://www.ujanailmu.com.my/pd-warisnya-kalbu.cfm

 

Katakan

Anda pasti adalah telah log masuk untuk mempos komen,