Profil Penuh

Hasif Hamsyari atau nama sebenarnya Muhammad Hasif bin Mohd. Jelani dilahirkan tanggal 2 Mac 1995 pernah mendapat pendidikan di kampungnya sendiri, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam dan SRA Jaim Kampong Gelam.Minat menulis bermula pada darjah empat dimana beliau menulis cerpen-cerpen di dalam buku peribadinya dan dikesan oleh guru beliau sendiri.Beliau lebih serius dalam bidang penulisan kreatif pada darjah enam dimana pada pertengahan tahun itu juga (2007), beliau mengarang novel pertamanya. Pun begitu, tumpuan tetap dilebihkan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang didudukinya.Kini, Hasif Hamsyari bersekolah di SMK Seri Tanjong sekali gus menolak tawaran untuk ke SM Sains Muzaffar Syah atas dasar belum bersedia. Akan tetapi, hasil dorongan guru-guru, Hasif Hamsyari terus aktif menghasilkan karya.Bercita-cita untuk menjadi jutawan internet, usahawan dan doktor selain penulis dan pengarang. Menjadikan Ramlee Awang Murshid, Sharifah Abu Salem, Aina Emir, Lily Haslina Nasir, Ahadiat Akashah serta beberapa lagi novelis popular tanah air termasuk Azhan Kamal, Luqman Hakim, Murad Arshad, Azizi Abdullah juga penulis sastera, A. Samad Said.Sehingga kini, masih belum mengikuti mana-mana bengkel penulisan. Disebabkan itu, beliau berhasrat untuk mendapat tunjuk ajar terbuka mana-mana penulis dan menyertai bengkel penulisan mulai tahun ini.Hampir 50 sijil dan 27 piala dan plug menjadi kenangan Hasif Hamsyari sepanjang enam tahun melalui hidup sebagai pelajar sekolah rendah. Antara Sijil-sijil Jawatan, Kemenangan, Penghargaan melibatkan pembacaan dan akademik: 

  1. Pembaca Terbanyak Tahap 1 Peringkat Sekolah. (2004)
  2. Pembaca Terbanyak Tahap 2 Peringkat Sekolah. (2005,2006) 
  3. Penyertaan Program Mari Membaca bersama Radio Malaysia Melaka (2004 dan 2007)
  4.  Naib Johan Pertandingan Tokoh Pembaca Kategori Sekolah Luar Bandar Peringkat Negeri Melaka Tahun 2006.
  5.  Anugerah Tokoh Pembaca Program NILAM Peringkat PKG Kampong Gelam 2006
  6. Mewakili Negeri Melaka untuk ke Khemah Membaca Kebangsaan 2007 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. (Lihat Kenangan Manis.) 
  7.  Johan Tilawah Al-Quran Kawasan Tanjung
  8. Naib Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka 2007
  9. Johan Berzanji Lelaki Zon 1 2007
  10. Anugerah Tokoh Pembaca Peringkat Negeri Melaka 2007 Peringkat Sekolah Rendah Luar Bandar.
  11. Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam 200
  12. Ketua Pengawas Sekolah (2007)
  13. Johan Pertandingan Nazam Sempena Maulidur Rasul 1428 Hijriah – RM1, 000 

KENANGAN MANIS.

Tidak dinafikan, hidup ini penuh dengan kenangan dan nostalgia diri yang banyak kemanisannya.Menyentuh bab ini, saya akan teringat Program Khemah Membaca Peringkat Kebangsaan 2007 di mana ia diadakan di ibu kota iaitu di Hotel Putra Kuala Lumpur.Seminggu tidur di hotel dengan ‘rakan’ asing akhirnya kami menjadi seperti sebuah keluarga dengan setiap yang hadir diberikan gelaran tersendiri. Berikut saya senaraikan nama-nama rakan-rakan saya ketika di Hotel Putra yang mewakili Melaka: 

Calon Anugerah NILAM Kebangsaan (MELAKA) 

  1. Sekolah Kebangsaan Luar Bandar: Nurul Akmar binti Saiden (SK Dato’ Naning
  2.  Sekolah Kebangsaan Bandar: Dini Atiqah binti Norisham (SK Bukit Lintang
  3. Sekolah Menengah Luar Bandar: Rafidah binti Sahadad (SMK Rahmat) 
  4. Sekolah Menengah Bandar: Elaine Lee Hui Chien (SMK Notre Dame)  

Peserta Program Khemah Membaca Kebangsaan 

  1. Mohd. Hafizul bin Othman
  2. Surendran A/L Selvaraju
  3. Nur Shafiqah binti Mohd. Sany
  4. Muhammad Hasif bin Mohd. Jelani
  5. Auni binti Zulfaka
  6. Nurhayati Nadhirah binti Mohamad          

Kami dipimpin oleh Cikgu Zalina binti Haji Khamis dan Cikgu Hanafiah bin Othman.Sepanjang tempoh seminggu dari 23 April 2007 hingga 29 April 2007, kami dibawah didikan Sayed Munawwar. Anda kenal beliau? Adakah anda pernah melihat siaran langsung di RTM 1 untuk pelepasan Roket Soyuz? Sayed Munawwar inilah yang membuat liputan selain pengacara untuk Selamat Pagi Malaysia (SPM). Beliau sememangnya amat ramah!           Pernah anda pergi ke Kuala Lumpur International Book Fair? Syor saya, anda wajib pergi! Memang untung bagi mereka yang mendapat baucer pembelian di mana-mana kedai buku hampir RM70 percuma! Antara yang saya sempat berjumpa adalah penulis buku popular Malaysia, Auntie Lily Haslina Nasir yang pernah menghasilkan karya antaranya Moga Kau Mengerti, Sesuci Kasih Norlina Alawi juga Epilog Cinta di dewan khas Alaf21 Sdn. Bhd. Huh! Saya teringin juga untuk pergi lagi April 2008 ini!          Pasti seronok jika anda pernah menaiki buaian gergasi, Eye on Malaysia kan? Hmm… Kami tidak dapat menaikinya disebabkan kedatangan kami terlalu awal. Kaunter tutup jadi kami hanya dapat bergambar saja. Waktu itu, saat manis bagi saya apabila ada kamera merakam pasukan kami dari Melaka melakukan yoga! Ha…         Bukan senang pula hendak berjumpa dengan selebriti apatah lagi pelakon terkemuka tanah air. Bahagian Teknologi Pendidikan memberikan kami peluang untuk kami mendekati artis lelaki idaman Malaya juga pelakon utama filem Kala Malam Bulan Mengambang, Rosyam Nor untuk slot Bicara Buku bersama Selebriti!!!Nak tahu, Abang Rosyam ni orangnya amat sporting!         Pada malam kemuncak, kami berhimpun di dewan Hotel Seri Pacific. Satu yang tidak terduga, malam akhir itu lokasi pengiktirafan Tokoh Nilam Kebangsaan itu amat berhampiran dengan lokasi Anugerah Industri Muzik (AIM)!Antara kelibat-kelibat artis yang melintas di depan mata termasuklah Adibah Noor! Di dewan berhampiran Putra World Trade Centre itu, kami dihiburkan oleh drama kanak-kanak yang mantap serta muzikal pihak hotel. Menghiburkan! Kemudiannya, suasana menjadi bertambah seronok dengan hadirnya abang yang popular dengan lagu Permaidani dan 1, 2, 3 iaitu abang Aris Ariwatan! Beliau turut berduet dengan pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu bervokal mantap iaitu akak Maya. Bukan Maya Karin tau! Mereka berduet lagu My Heart         Memang tidak dapat dilupakan kenangan manis ini. Manakan tidak, saya turut berjumpa dengan penulisan novel yang katanya hendak dibawa ke layar perak, Jibam iaitu Ujang. Encik Jaafar Taib juga turut diundang. Secara amnya, memang best acara macam ni dijalankan. Untuk kalian yang muda-muda tu, jangan lupa baca buku banyak-banyak kalau nak rasa apa yang kami rasa ni tau!  

*Laman ini belum dikemaskini sepenuhnya. Harap maklum.    

1 Maklumbalas sehingga kini »

  1. 1

    lilyhaslina berkata,

    salam HASIF… minat berkarya? teruskan usaha dan minat… apa apa pun pesan dan nasihat auntie… belajar rajin rajin! kita akan mampu menghasilkan karya yg baik jikalau karya itu disokong dengan ilmu…

    sukses selalu…

    salam dari auntie lily haslina nasir…

    kalau rajin singgah ke lilyhaslinanasir.blogspot.com

    ps: auntie pun orang melaka….


RSS Komen · URI Trackback

Katakan

Anda pasti adalah telah log masuk untuk mempos komen,