FEBRUARI: Bulan yang serba sibuk!

Februari 2009 merupakan bulan yang banyak aktiviti bagi saya. Selain Temasya Sukan Tahunan sekolah, saya juga terlibat dalam pertandingan petanq, ujian bulan Februari, latihan koir bulan 3 dan persiapan persembahan untuk majlis persaraan guru sains saya (Cikgu Halimah), membuat cerpen bertemakan guru dan sesuatu yang mengujakan menanti saya di penghujung bulan ini iaitu Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi.

Alhamdulillah, pertandingan petanq dapat nombor tiga. Tak apalah… Dapat jugak nombor. Yang penting, dalam kalahkan abang-abang dan kakak-kakak tingkatan 3, 4 dan 5. Puas!

Anda tahu apa itu petanq? Petanq lebih kurang macam boling padang. Tapi peserta boleh melantunkannya. Cara main ketara berbeza dengan boling. Satu perlawanan petanq memerlukan 2 kumpulan. Setiap kumpulan memerlukan tiga ahli.

Saya bersama dengan Hafiz, sepupu saya dan Dinie, kawan saya. Semuanya tingkatan 2. Petanq di SMK Seri Tanjong memang popular. Sekolah saya pernah hantar wakil sampai peringkat SUKMA! Dan ada antaranya dibawa hingga ke persada antarabangsa contohnya… err… tak ingatlah. Yang pasti, abang tu bukan sekolah kat SMK Seri Tanjong lagi. Dia dan jadi mantan. Sekarang ni dia dah bukan tahap killer lagi dah, profesional, expert macam-macam lagilah!

Ada tiga peringkat pemain. Saya masih peringkat awal. Saya dah lupa peringkat satu dan dua. Yang ketiga itu dipanggil killer, yang mahir dan hebat.

Perlawanan kami dan kumpulan lawan pada mulanya sentiasa berpihak kepada kami. 13-5, 13-3, 13-0 (menang tanpa bertanding) dan beberapa lagi. Yang akhir, kami pulak kalah teruk! 13-4! Kami lawan Tingkatan 5 (Team Rocket).

Oh, ya! Nama kumpulan saya terpaksa dirahsiakan kerana nama itu akan dimuatkan dalam novel saya. Nama kumpulan agak panjang tapi kami dipanggil dengan gelaran EDC. Cuba cari makna EDC. Klu… ia ada dalam kamus dewan. Hahaha…

Dapat jugak masuk semi-final. Tu yang kalah dalam perlawanan pertama. Yang kalah di perlawanan kedua bertembung dengan kitorang manakala yang menang lawan yang menang. Satu benefit bagi kumpulan johan, diorang bukan aje dapat hadiah bahkan wakil sekolah untuk perlawanan peringkat negeri.

Semasa lawan tulah rezeki berpihak pada kami…

Kemudian, saya jugak terlibat dengan persembahan untuk bulan bahasa dan saster peringkat sekolah yang dijadualkan akan dilancar pada 2 Mac 2009. Cuba teka, apa istimewanya hari tersebut? Hari lahir saya yang ke-14!

Banyak aktiviti telah dirancang untuk program ini. Antaranya, pertandingan menulis sajak, cerpen dan sebagainya. Saya juga akan terlibat. Cerpen saya sudah pun dihantar dengan judul Kala Duka Tersenyum. Kalau menang, saya akan paparkan di laman ini, okey? Sajak… belum lagi la… Tak ada idea. Temanya bebas. Kalau boleh, saya nak hantar sajak yang saya beri pada auntie aina itu aje tapi tak boleh. Hak cipta sudah jadi milik Kak Aina tapi saya tetap penulisnya. Jadi, saya akan buat puisi baru.

Kemudian, saya juga terlibat dalam pertandingan cerpen kanak-kanak sempena hari guru. Saya dah hantar cerpen jugak dengan judul lebih mudah Aku, Sahabat dan Guruku. Saya tak letak harapan yang besar untuk menang sebab selain faktor syarat patah perkataannya yang tidak boleh melebihi 500 patah perkataan dan faktor kesuntukan masa.

Sebelum tu, saya terlibat dengan aktiviti ujiantara di mana saya perlu menyumbangkan mata buat rumah sukan saya, Kasturi dengan mengambil bahagian dalam acara 400 meter, 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru.

Ada jugak yang tak lepas. Hehehe… Tapi yang pasti, saya lepas 400 meter! Sampai garisan, saya nak termuntah dua kali. Lutut macam nak tercabut. Saya duduk tapi kakak PBSM nasihat supaya jalan-jalan supaya tak pengsan.

Akur, saya pun bangun. Nasib baik dapat kad. Dapat gak mata rumah sukan. Macam mana pun, rumah Kasturi rumah tercorot! Tulah… selalu tak datang latihan rumah sukan. Ooppss! Saya selalu datang!

Dalam saya menulis kolum ni, saya menghitung hari untuk menyambut ujian pertama dalam tahun 2009 iaitu Ujian Februari. Sekolah saya amalkan sistem ‘ingat kembali’ di mana pelajaran awal bab setiap subjek tingkatan satu akan dimasukkan dalam subjek-subjek tertentu dalam ujian ini.

Ini sebagai langkah untuk memudahkan kami menghadapi PMR. Setuju memang setuju. Tapi jenuh jugak nak bukak buku Tingkatan 1 balik. (Ewah… ewah… Kalau novel boleh pulak)

Harap-harap dapat skor A banyak subjek. Harap-harap juga dapat banyak mata pelajaran tertinggi dan golongan TopThree 2 RK 1. Insya-ALLAH… Untuk sambungan Bagaikan Mimpi, saya terpaksa tinggalkan awak sebentar. Hehehe…

Oh, ya! Saya juga sekarang tengah baca Rahsia Perindu (Ramlee Awang Murshid) yang kakak saya baru beli. Ceritanya… boleh tahan. Saya juga baca Kuseru Namamu (Ilani Mysara) yang saya dah baca. Ulang baca untuk cari identiti. Itu kata Puan Sharifah Abu Salem.

Saya juga perlu buat persembahan majlis persaraan Puan Halimah. Ia masih di tahap perbincangan kerana ura-ura mengatakan Cikgu Halimah tak nak apa-apa untuk persaraannya termasuk hadiah, majlis, persembahan dan sebagainya.

Dia kata, dia mahukan hari terakhir dia di sekolah tu sama seperti biasa. Betapa tulusnya hati Cikgu Halimah! Pun begitu, hanya masa menentukan.

Dan… minggu selepas peperiksaan, pada awal minggu itu… satu sejarah hidup saya pula terlakar dengan Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi yang dijadualkan akan berlangsung di Dewan SMK Seri Tanjong. Ia diadakan bersama-sama dengan Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah.

Sekolah telah berhubung dengan KarnaDya dan kata mereka, KarnaDya akan datang pada hari itu untuk menjual buku dan sama-sama menyokong majlis tersebut.

Pelancarnya kemungkinan besar Pengerusi PIBG Sekolah, En. Rahman bin Mat dan Pengetua Sekolah, Puan Hajah Shaleha binti Abdol atau Penglipur Lara Moden Malaysia, Aina Emir.

Saya cuba berhubung dengan Aina Emir. Tapi, Kak Aina cakap tengok dulu. Hari Sabtu (14 Feb) ada Bengkel Penulisan KarnaDya. Nak sangat hadir sebab saya memang minat menulis. Bagaikan Mimpi buktinya. Kerana amatur, saya ingin lagi menimba ilmu.

Saya terikat dengan sekolah ganti sempena cuti tahun baru Cina yang lalu. Tambahan pula, minggu berikutnya saya perlu menduduki ujian.

Berita ada novelis di sekolah saya mula merebak macam virus. Cikgu-cikgu dah mula bertanya betul ke saya tulis novel dan bila pelancarannya. Nak tak nak, saya beritahulah jugak.

Mula-mula nak buat suprise sikit, tapi cikgu tanya, jawablah. Pelajar-pelajar pun dah banyak yang tahu macam di koperasi, masa saya nak beli Cochlairs (gula-gula coklat kegemaran saya), kakak tu tanya betul ke saya tulis novel.

Orang tengah banyak pulak tu. Malu betul! Saya tanya, mana akak tahu. Rupa-rupanya, kakak tu kakak saudara kawan saya, Aina. Aina dan Hamimi merupakan dua insan yang pertama membaca karya saya sejak darjah enam lagi.

Nama diorang ni saya tulis dalam Bagaikan Mimpi di bahagian penghargaan. Lihatlah nanti, ya?

Ramai lagi cikgu tanya antaranya cikgu penasihat petanq. Dahtu… adalah kawan-kawan yang mintak free. Waduh-waduh… Tak bolehlah macam ni. Hahaha! Kelas saya memang dah sedia maklum sebab kami macam adik beradik semuanya.

Cikgu Fatimah, guru tingkatan juga mintak beberapa cenderahati Bagaikan Mimpi untuk diletakkan di sudut bacaan kelas. Saya belum beri kata putus tetapi insya-ALLAH, saya akan beri.

Tapi bukan dalam masa terdekat. Pertengahan tahun nanti saya akan beri sebab nanti semua nak baca free.. Mana boleh! Hehehe…

Diam-diamlah kalau baca kolum ni. Takut nanti kawan-kawan tahu. Huhuhu!

Kemudian, saya sibuk dengan tilawah al-Quran, Petanque anti-dadah, syarahan agama serta pertandingan pidato. Memang sibuk giler! Rasa nak tolak aje semuanya. 

Februari memang sesak dengan macam-macam aktiviti. Amat besar harapan saya untuk mengawal kesemuanya agar seimbang. Dan yang paling mendebarkan ialah Ujian Februari dan Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi nanti.

Tinggalkan komen »

Bagaikan Mimpi novel bersiri

Buat semua, novel Bagaikan Mimpi adalah novel bersiri. Sekarang, sambungannya saya dah siapkan 50% dan insya-ALLAH, akan menjengah pasaran pada awal tahun 2010. Tunggggggggggguuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!

Tinggalkan komen »

Novel Bagaikan Mimpi karya Hasif Hamsyari: Akhir Februari… Detik pelancaran!

Salam semua. Novel Bagaikan Mimpi kini boleh anda lihat di www.karnadya.com.my atau tengok aje gambar bawah ni. Insya-ALLAH, 23 Feb tarikh pelancaran yang akan diadakan di SMK Seri Tanjong iaitu sekolah saya sendiri. Nantikan kemunculannya! Harap-harap, anda bolehlah tolong promosi. Beli jangan tak beli! Huhu…

Novel pertama Hasif Hamsyari

Novel pertama Hasif Hamsyari

Sinopsis:

Dia gadis yang tidak pernah mengecapi nikmat kejelitaan sebagi seorang gadis. Lantaran sikap ibu dan rakan yang memilih kasih, dia sering berkecil hati. Pabila kejelitaan yang diimpikan dan seorang ‘putera’ hadir dalam dirinya, dia menyembunyikan identiti diri. ‘Kehilangan’ Dian menjadi misteri penduduk Kampung Gelam terutama sekali keluarganya sendiri.

Cinta pula berputik. Cuma… Tegarkah hati untuk menerima kenyataan. Putera tidak boleh menetap di dunia manusia biasa? Dian… menjadi seperti pungguk yang setia menantikan sinar rembulan.

Kau datang bagaikan mimpi
Bagai penglipur lara hati
Kau hadir persis sebutir bintang
Membawa cahaya dengan sinar terang

Komen (1) »

Contohi industri sastera Indonesia, Contohi industri hiburan Jepun

Salam. Saya amat kagum dengan sastera Indonesia yang mana karya-karyanya diiktiraf bukan sahaja di dalam negara, bahkan di luar negara. Antaranya ialah novel Ayat-ayat Cinta (Habiburrahman El Shirazy) dan Laskar Pelangi (Andrea Hirata).

Sewajarnya kita menjadi seperti mereka. Menghargai naskhah yang laris dan berkualiti lalu berusaha mendapatkan pandangan pembaca. Dengan cara ini, pembaca akan lebih tertarik untuk membacanya kerana berdasarkan komen pembaca sebelumnya (hendakanya, biarlah ditulis di blurb buku) memuji sakan sesebuah novel.

Industri Jepun amat gah dan hampir seiring dengan Hollywood. Saya peminat filem Jepun sebenarnya. Dan kumpulan muzik yangpopular ialah Hey! Say! JUMP. Manakala artis popular yg saya sebdiri kagumi ialah Yamada Ryosuke.

Saya kena cepat nampaknya. Nanti kita sambung bicara ini, okey? Bye!

Tinggalkan komen »

Sah diterbitkan!: Panggilan daripada pihak penerbitan Bagaikan Mimpi!

Lama sangat x update blog ni. Maaf sngt2 kerana internet connection ada bnyk sngt masalah. Apapun, saya sekarang sedang menulis novel kedua yang saya target akan dihabiskan hujung Mac, April atau Mei 2009. Itu pun jika tiada aral melintang.

Tajuk seperti di atas amat menggembirakan hati saya. Setiap saat saya mengukir senyuman gembira! Nak tahu tajuknya? Tak bolehlah… Klunya: Ada dalam tajuk kolum ni. Cariklah sendiri! Huhuhu…

Sama-sama nantikan karya saya, Hasif Hamsyari dan jangan lupa promote/beli. Hehehe… Harap-harap dapat sambutan dan pembaca juga puas baca karya saya. Insya-ALLAH…

Tinggalkan komen »

Makluman untuk semua pengunjung blog ini

Dalam beberapa bulan dari sekarang, saya akan berpindah ke blog lain. Tertakluk kepada masa dan waktu. Sebarang perkembangan akan dilaporkan dari semasa ke semasa di blog ini. Harap maklum!

Tinggalkan komen »

Kagum dengan industri filem Jepun dan Korea

Salam…

Tertarik untuk menyentuh tentang perfileman pula. Kalau asyik sastera 100%, bosan kan?

Pada awalnya, saya mmg x pernah minat filem-filem Jepun dan Korea sebab saya bukannya faham sari kata inggerisnya (ni masa kecil-kecil). Masa tu, saya pun naik hairan tengok kakak saya minat giler-giler!

Tapi sekarang, saya rasa aneh pula dengan diri saya. Sekarang dah terbalik! Saya pun minat cerita Jepun tau!!!

Setakat ni, saya x minat menonton cerita Jepun di televisyen. Drama yang saya minat di 8TV cuma Devil Beside You. Ini drama China. Pernah tengok? Malangnya, sekarang drama itu sudah pun tamat.

Sekarang saya menjadi penonton setia drama Sontia Pasta di 8tv. Sudah menjadi lumrah bagi produksi di China agaknya untuk memilih kisah kehidupan selebriti sebagai plot cerita. Tapi, saya tak bosan pun. Selain unsur humor yang dijadikan sebagai hiburan, ia menerapkan pengajaran yang bernilai dan bukannya seratus peratus tertumpu pada cinta.

Kalau drama Jepun, saya dah tonton 2. Pertama yg membuatkan hati saya terbuka untuk menonton filem Jepun ialah For You In Full Bloom atau Hanazakari No Kimi Tachi.

Sinopsis secara ringkasnya mengisahkan pengorbanan seorang GADIS remaja, Mizuki yg menyamar menjadi LELAKI remaja di sekolah khas bg laki-laki di Osaka Gakuen.

Kerana dihantui rasa bersalah, dia yg dtg dari California, Amerika Syarikat pulang ke Jepun untuk ke sekolah Osaka Gakuen. Tujuan yang dibawa hanya satu – mengembalikan semula senyuman teman lelakinya dahulu iaitu Sano. Namun, dalam pada masa yg sama, Nakatsu tidak menyangka bahawa dirinya seorang homoseksual/gay kerana dia mencintai Mizuki – ini kerana di sekolah itu hanya untuk laki-laki. Lagi pula, Mizuki yang menyamar jadi lelaki. Hakikatnya, Mizuki seorang gadis!

Kisah yang berlatarkan tema persahabatan dan percintaan yang begitu kuat dan menarik. Antara lain, ia turut mengetengahkan isu keazaman daripada kesilapan dahulu.

Filem kedua, Tantei Gakuen Q atau dalam bahasa Melayunya, Akademi Detektif Q (setahu saya. X pasti betul atau salah). Kisah ini lebih thriller berbanding Hanazakari.

Kalau Conan penyiasat mudanya semua kanak-kanak. Namun, Conan ialah yang paling menyerlah. Dalam Tantei Gakuen Q pula, setiap watak itu punya peranan yang ampuh.

Watak utama mempersembahkan Kyuu (Kamiki Ryunosuke) sebagai watak yang cepat menangkap klu di sebalik watak antagonis. Kelebihannya menyerlah berbanding watak lain kerana dalam banyak penyiasatan, Kyuu amat teliti sekali dan dialah yang paling pantasa menyelesaikan muslihat dalam sesuatu kes termasuk pembunuhan. Wataknya agak gila-gila sedikit.

Watak kedua ialah Ryuu (Yamada Ryosuke). Watak ini berpersonaliti misteri. Hampir sama seperti Kyuu tetapi dia paling menyerlah sehingga pada awal episod, dia dipuji oleh Detektif Nanami, pembantu detektif tersohor, Detektif Dan-sensei. Sesuai dengan pelakonnya yang saya minati. Pelakon ini juga berbakat menyanyi dalam satu kumpulan besar yang popular di Jepun, kumpulan Hey! Say! JUMP.

Watak ketiga menampilkan gadis tunggal yang terlibat dalam kalangan watak utama. Megu lakonan Shida Mirai. Wajahnya kiut-miut. Watak ini kelebihannya dapat mengingati sesuatu yang dilihat dalam tempoh yang singkat. Mungkin jika anda melalui jalan raya, anda akan tidak ambil kisah mengenai nombor plat kenderaan. Tapi bagi watak ini, dia mampu menghafalnya walau pun dia sendiri tidak mahu melakukannya! Oleh kerana dia mempunyai kelebihan itu, pelajar sering mengatakan dia tidak adil. Menyertai Akademi Detektif untuk menunjukkan yang dia juga mampu berbakti kepada masyarakat. Kesulitan lain, dia sering takut untuk melihat mayat lagi-lagi yang mati tragis. Kerana susuk tubuh mayat yang mengerikan itu akan sentiasa berada di kotak fikirannya.

Watak keempat ialah Kazuma (Wakaba Katsumi). Bercermin mata, optimis dengan kebolehan sendiri, dan mempunyai sedikit perasaan bangga diri. Walau pun ramah dalam kalangan perintis berlima itu, tapi Kazuma amat mahir dalam mencari maklumat dalam komputer. Bayangkan, pada usia Tingkatan Dua, dia telah mempunyai kontrak pekerjaan sebagai pembuat game-video!

Watak kelima mempunya kelebihan mempunyai sudut pandangan mata (eyesight) 4.0. Selain kelebihan itu, watak yang bernama Kinta lakonan Kaname Jun mempunyai keperkasaan yang gagah. Di samping itu, dia merupakan ‘abang’ kepada watak-watak muda yang lain.

Akademi Detektif mengisahkan perjuangan lima sekawan bagi menjadi perintis kepada detektif tersohor, Detektif Dan-sensei. Antara kelima-lima peserta, hanya seorang yang akan dipilih.

Drama ini banyak mengajar erti persahabatan, sedikit unsur percintaan. Konsep yang diketengahkan ialah penyiasatan thriller. Tidak banyak konflik yang muncul diawal cerita. Plotnya kemas dan kes-kes yang harus diselesaikan juga rumit namun nampak mudah apabila kelima-lima sekawan ini bergabung kebolehan yang ada.

Konflik lima sekawan ini muncul di episod 7 hingga 11 di mana Renjou Satoru, bapa Kyuu dahulunya pembantu Dan Sensei. Bapa Kyuu mati dibunuh oleh keluarga Ryuu. Keluarga Ryuu sebenarnya kumpulan jahat yang diketuai oleh King Hades. Kegiatan mereka ialah menyediakan perkhidmatan merancang pembunuhan secara konsisten. Ryuu merupakan pewaris tunggal King Hades. Dalam darahnya mengalir darah lelaki itu.

Namun persahabatan mereka utuh semula. Pun begitu, Ryuu dicurigai apabila dituduh membunuh pewaris hotel yang dibina oleh bapa Ryuu bernama Amakusa. Pewaris itu seramai lima orang, setiap mereka dibunuh satu persatu. Tapi sebenarnya, semua itu dirancang oleh Datuk Ryuu iaitu King Hades.

Walau pun hanya bertahan sebanyak 11 episod, Akademi Detektif wajar dipuji dari segala aspek. Cuma pelik, kenapa tak ditayangkan di Malaysia?

Bukanlah filem Malaysia tidak berkualiti, cuma kisah ini membentuk remaja. Kebanyakan drama Melayu lebih ke arah filem cinta walau pun disasarkan untuk golongan remaja. Akademi Detektif yang diilhamkan dari komik membawa anjakan di mana lengkap segalanya dalam satu drama. Thriller, suspen, cinta, persahabatan dan penyiasatan. Penonton juga diajak memikirkan sama penyelesaian kes-kes yang terlibat.

Harap adalah filem/drama Melayu yang boleh buat cerita macam ni. Kalau tak ada masalah, saya pun nak buat novel penyiasatan gak!

Komen (4) »

Pentingnya sesuatu cover muka depan novel

Menilai buku, bukan dari kulitnya.

Peribahasa ini takkan timbul kalau tak ada sesiapa yang menilai buku dari kulitnya sebelum pendapat ini dikemukakan. Jelaslah, ramai juga antara kita yang menilai buku dari kulitnya.

Pada pendapat saya, dalam apa jua penghasilan memerlukan ketelitian yang sempurna. Mana-mana juga syarikat penerbitan perlu mengambil berat pada kulit depan kerana inilah yang pertama sekali yang dilihat pembaca sebelum menyemak sinopsis di kulit belakangnya.

Muka depan yang baik mampu merangsang minat pembaca untuk membaca. Sayang sekiranya karya berkualiti tetapi kulit depannya nampak kosong dan kelam. Dan sesuatu yang merugikan jika kulit depan ‘gempaq’ tapi karyanya… bukan tak berkualiti, cuma kurang menarik. Kalau tak berkualiti, takkanlah syarikat penerbitan nak menerbitkannya, kan?

Dalam banyak-banyak koleksi novel saya, saya amat tertarik pada muka depan novel-novel Alaf21. Pada kulit hadapan, digambarkan satu babak daripada novel itu. Dan kalau tidak gambaran babak pun, gambaran watak. Contohnya, novel Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sang Ratu karya Ramlee Awang Murshid.

Kerana ianya bergenrekan epik thriller, mainan warna yang dimainkan nampak misteri dan sesuai sekali dengan jalan ceritanya. Kalau diperhatikan, setiap siri novel Bagaikan Puteri ini, mainan mata model juga memainkan peranan. Bijak orang yang memberikan konsep muka depan ini. Kata orang, dari mata turun ke hati!

Selain itu, teknologi yang moden ini digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan sesuatu yang evergreen dan nampak segar sepanjang zaman. Pada cover Cinta Sang Ratu misalannya, mata Ratna Sang Ratu nampak begitu sepadan. Kapal dahulu kala juga dimuatkan berserta suasana hutan. Seolah-olah novel itu merupakan adaptasi filem pula!

Tambahan lain, font yang digunakan sebagai tajuk muka depan dan nama penulis juga perlulah berseni, kemas dan bersesuaian. Ramlee Awang Murshid sebagai novelis thriller nombor satu Malaysia menampakkan karismanya melalui namanya di bawah novelnya. Cantikkan?

Kalau dalam novel kanak-kanak pula, saya puji KarnaDya Solutions. Lukisan kartun sesuai dengan jiwa kanak-kanak. Lukisan kartun dan foto real pula sesuai untuk remaja. Manakala foto real sesuai untuk remaja dewasa.

Bagi mencari kelainan, saya berharap ada pihak penerbitan mencari inisiatif untuk membawakan model untuk kulit muka depan mereka walau pun sasaran mereka ialah untuk golongan kanak-kanak dan awal remaja.

Ini kerana, zaman kian berubah. Saya belum lihat lagi syarikat penerbitan menggunakan model sebenar yang wujud dalam realitinya untuk novel kanak-kanak. Barangkali, bolehlah diadakan pencarian model muka depan sekali gus memberikan peluang untuk pembaca/model tersebut bertentang mata dengan penulis kesayangan mereka dan seterusnya mengabadikan kenangan dalam novel penulis tersebut.

Pada novel remaja atau remaja dewasa KarnaDya pula makin lama kian suram. Hanya ada beberapa saja novel yang menarik minat saya iaitu Tinggallah Pujaan (Mimie Afinie), Aura Cinta (Aina Emir), Kau Laksana Bulan (Aina Emir), Bunga-Bunga Kemboja (Aina Emir) dan Kalung (Zahida Zarkasi).

Mulai tahun ini, makin lama makin suram. Contohnya, Hanya Kita Berdua. Mungkin sesuai ditambahkan dua orang model (seorang lelaki dan seorang perempuan) memandang bulan. Kenapa perlu ditambah objek alam?

Memandangkan tajuk novel ini pun diilhamkan daripada lagu Fantasia Bulan Madu nyanyian Search, bait berkenaan objek alam dapat dilihat dalam rangkap ini:

Bulan madu di awan biru

Tiada yang mengganggu

Bulan

Hanya Kita Berdua

Mengecap nikmat cinta

Yang putih tak terbanding

Sesuci embun pagi

madu di atas pelangi

Embun pag juga sesuai untuk ditambahkan. Objek alam menjadi damai mata memandang. Tulisannya juga kurang menarik berbanding novel-novel yang lain.

Novel Kalau Dah Jodoh… nampak hidup sedikit berbanding Hanya Kita Berdua. Tajuk novel Hanya Kita berdua lebih mendalam maksudnya dan lebih romantis. Jadi, apa kata coraknya dipilih tulisan yang berseni dan bercirikan romantis. Tulisan berangkai sesuai seperti tulisan Vivaldi, Edwardian Script dan Pristina.

Dan seterusnya, novel Pewaris Senja Bahagian Satu. Corak abstrak berwarna biru lembut dan tulisan tajuk berwarna merah. Nama penulis ‘Remy Ikmal’ pula digelapkan menggunakan tona warna biru gelap. Judulnya juga langsung tiada corak tulisan yang sesuai.

Untuk novel ini, apa kata KarnaDya mengambil latar hitam, coklat dan hijau. Hitam boleh digambar suasana malam. Coklat untuk rumah kampung yang disinggahi Fuad untuk menemui Pak Ngah Ghani manakala hijau mungkin dedaun yang panjang. Sebagai menambah misteri, letakkan sepasang mata yang memerah sebagai gambaran makhluk halus yang juga saka.

Walau bagaimana, saya cuma mengutarakan pendapat untuk kebaikan bersama. Ketiga-tiga novel yang saya sebutkan tadi semuanya berkualiti dari segi plot, kronologi dan segala tentang karya penulisannya. Cuma saya kurang berpuas hati dengan muka depannya.

KarnaDya juga sudah boleh menapak jauh memandangkan novel-novel terbitannya berkualiti. Boleh dikatakan, banyak rumah yang saya singgah mempunyai koleksi novel terbitan KarnaDya Solutions.

Saya juga bukanlah profesional dalam bab-bab sebegini. Tapi, saya cuma kemukakan pendapat. Sama ada relevan pandangan saya ini atau sebaliknya, terserahlah pada pembaca kolum ini.

Walau bagaimana pun, KarnaDya Solutions masih lagi relevan dalam pemilihan karya bermutu. Syabas, KarnaDya!

p/s: Baca novel Remy Ikmal buat bulu meremang. Tak sia-sia Sastera Berita Harian beri 4 bintang. Sesuai dibuat drama atau filem. Mesti gempak!

Tinggalkan komen »

Bertemu abang kepada H.M. Tuah Iskandar: Dzulkarnain Ithnin

Kalau anda terlibat dengan aktiviti Sehari Bersama Penulis Tragedi Empat Disember, pasti anda tidak lupakan si penulisnya yang sporting!

Baru-baru ni, sebelum cuti yang lalu, bertempat di SMK Tun Perak Melaka, telah diadakan sesi bersama penulis teks sastera KOMSAS Tragedi Empat Disember.

Dengan sesi ini, bermakna saya telah menambah lagi direktori novelis yang pernah saya jumpa. Sebelum ini, di Pesta Buku Antarabangsa KL 2006, saya cuma bertemu Lily Haslina Nasir semasa mendapatkan autograf bagi buku Sesuci Kasih Norlina Alawi. Pada tahun PBAKL 2007 saya bertemu, Aina Emir, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Damya Hanna, Norzailina Nordin. Ketika di Kem Kembara Puisi Merdeka 2008, saya bertemu pula Rahman Shaari. Melalui alam maya saya berkenalan dengan Nia Azalea, Ramlee Awang Murshid dan Sri Rahayu Mohd Yusop. Dan sekarang, saya bertemu pula dengan Iskandar Dzulkarnain.

Saya baru Tingkatan 1. Tapi, melalui sesi ini, saya dapat membuat persediaan untuk mempelajarinya pada tahun hadapan. Apa yang menarik perhatian saya ialah nama-nama yang digunakan dalam novel ini.

Kerana ingin menjaga sesetengah pihak, Iskandar Dzulkarnain telah menukarkan beberapa nama orang, tempat dan pesawat contohnya nama tempat Gelang Patah menjadi Gelas Pecah. Tanjung Kupang menjadi Tanjung Pangku.

Kisah pesawat kapal terbang terhempas memang pernah berlaku pada tanggal 4 Disember beberapa tahun dahulu. Dalam tragedi itu, ramai VIP antaranya Menteri Pertanian terkorban.

Iskandar Dzulkarnain (ID) merupakan seorang wartawan. Oleh itu, agak mudah untuk beliau mendapatkan maklumat dari teman-teman terdekat. Kerana nahas kapal terbang itu ditemui dalam keadaan mengerikan, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai kecuali para wartawan dan pemberita yang diizinkan membuat liputan dengan adanya pas. ID dapat melihat sendiri tapak kejadian.

Tragedi 4 Disember juga pernah memenangi anugerah. Tapi sayangnya, saya dah lupa.

 

J

Tinggalkan komen »

Destinasi percutian bulan Disember

Pada hari Rabu (26 November 2008), saya dah pergi ke Mahkota Parade bersama empat orang kawan baik saya iaitu dua sepupu, satu saudara bau-bau bacang dan yang satu lagi sama tarikh lahir dengan saya.

Dua sepupu ialah Hafiz dan Ismail. Saudara bau-bau bacang pulak namanya Aswad, darjah lima atau empat. Dan yang sama tarikh lahir dengan saya ialah Amir Hakim.

Ingatkan nak pergi hari Khamis (27 November 2008) sebab hari tu ada tayangan Antoo Fighter: Amukan Drakulat. Atas sebab-sebab tertentu, kami memilih hari Rabu. Tayangan pun kurang sikit.

 

Selamat Pagi Cinta, Quantum of Solace, Quarantine, Madagascar 2: Escape to Africa

dan Wayang. Itu antara filem yang ditayangkan untuk hari itu di Golden Screen Cinema Mahkota Parade. Kami putuskan untuk memilih Madagascar 2: Escape to Africa (M2). Tak sangka, hari rabu ada diskaun. RM6 untuk seorang.

Overall,

saya bagi M2 4 bintang. Nak kasi 4½ pun payah sebab kisahnya agak bosan sikit. Lagi bagus kalau banyakkan adegan lawak. Memang ada babak lawak dalam M2 tapi lawaknya ada yang menjadi dan ada yang tak. Lawaknya ringkas sangat contohnya masa si zirafah menggelar seekor badak jantan bernama Moto-moto bertukar mudah menjadi mototo.

Saya sedikit terkilan memandangkan ada kekeliruan yang berlaku. Kenapa nak ‘dijodohkan’ seekor zirafah dan seekor badak yang berlainan spesis? Memandangkan ia berbentuk animasi, pastilah ia disasarkan pada kanak-kanak. Dan kanak-kanak pula mudah terpengaruh.

Yang boleh dipuji dan menjadi tarikan untuk filem ini ialah kecomelan si singa Alex sewaktu kecil. Kemudian koreografinya. Babak nenek yang ganas juga banyak membantu.

Tak sabar nak tunggu filem Brainscan arahan Ahmad Idham. Cerita macam best. Tak sabar jugak nak tunggu tayangan Cicak Man2: Planet Hitam dan kartun Bolt dan Monster VS Alien.

Esok (Ahad, 30 November) saya akan ke Malacca International Trade Center untuk menghadiri pameran Alien yang didatangkan khas dari London. Selajur turun ke sana, saya akan menjalankan kajian mengenai dunia alien untuk menghasilkan novel sesudah dua novel nanti. Pada hari tu jugak, insya-ALLAH, saya dan famili akan pergi ke Mahkota Parade.

Pada bulan Disember, jadual saya tak pasti sangat. Mungkin saya dan kawan-kawan akan pergi lagi ke Mahkota Parade. Pada pertengahan, saya mungkin akan ke Wet World, Pedas. Dan yang pasti, saya juga akan pergi ke Cameron Highland selama 2 hari 3 malam.

Untuk menghasilkan novel juga, saya akan menjalankan kajian mengenai Kellie Castle yang dikatakan berhantu itu!

Doakan keselamatan saya pergi dan balik. Terima kasih.

Salam hormat, Hasif Hamsyari.

Tinggalkan komen »