Pertandingan Petanque Piala Angkasa Peringkat Negeri Melaka kali ke-15

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Gill Sans MT”; panose-1:0 0 0 0 0 0 0 0 0 0; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:3 0 0 0 1 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:”";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;}

Hari ini, 4 April 2009, saya ‘bertempur’ di medan gelanggang buat julung-julung kalinya secara serius melibatkan peringkat yang mampu membawa mewakili Malaysia. Tapi, saya kalah. Mungkin dalam nombor tiga dan empat.

Kumpulan kami guna nama SMST (B). SMST (A) adalah group abang-abang senior.

Sebelum sampai suku akhir, adalah dalam 4-5 perlawanan yang saya dan geng lawan. Alhamdulillah, satu aje kalah. Paling sengit bila bertempur dengan SMK Klebang Besar. Masing-masing main psiko!

*Psiko di sini bermaksud memanipulasi minda musuh/ahli kumpulan dengan tujuan untuk menjatuhkan/menaikkan semangat ahli kumpulan.

SMK Klebang Besar hiruk-pikuk dengan cheers-girls dia orang. Kumpulan kami dapat sokongan padu abang-abang senior dan pemain petanque kebanggaan Malaysia yang pernah mewakili Malaysia di Perancis.

Dan kami menang sekali gus melayakkan kami mendapat peluang ke suku akhir.

“SMST (A) lawan SMST (B) di padang ___ (tak ingat pulak!), Wah… Adik beradik lawan adik beradik!” satu suara berteriak. Ya! Memang sengit! Adik-beradik lawan adik-beradik!

Perlawanan kami mencuri tumpuan banyak pihak. Susah nak menang sebab abang-abang ni bersemangat betul dan semuanya hebat-hebat. Saya jangkakan, memang dia orang wakil Melaka ke peringkat Kebangsaan.

Oleh kerana mereka senior, jadi mestilah dia orang lagi teror. Kami kalah dengan keputusan 13-6. Okeylah tu… Sampai peringkat suku akhir ni pun dah cukup membanggakan. Itu kata cikgu penasihat kumpulan kami, Cikgu Norhaliza namanya.

Esok masih ada. Itu yang pasti. Sinar masih cerah. Itu kita serah pada ketentuan takdir Allah.

Katakan

Anda pasti adalah telah log masuk untuk mempos komen,