Arkib bagi April, 2009

Blog ini telah bertukar!

Salam buat semua peminat dan pengunjung. Adalah dengan ini diisytiharkan, blog ini tidak akan beroperasi bermula 15 APRIL 2009. Blog ini telah ditukar ke blog lain. Klik pautan ini http://planethasifhamsyari.blogspot.com. Harap maklum. Klik juga imej di bawah untuk ke blog terbaru Hasif Hamsyari.

copy-of-copy-of-backdrop01

Tinggalkan komen »

Pesta Buku kini kembali!

Sempena Pesta Buku, temui saya di booth KarnaDya. Saya akan ditemu ramah oleh pihak RTM Kids@2 pada hari Ahad, 19 April ini. Ini adalah poster saya dan poster Bagaikan Mimpi.iklan-blog-pbakl-09sfd

Tinggalkan komen »

Idola yang membakar semangatku!

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Gill Sans MT”; panose-1:0 0 0 0 0 0 0 0 0 0; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:3 0 0 0 1 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>


/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:”";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;}

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Kenapa saya guna tajuk ni, ya? Sebenarnya, saya sekadar ingin berkongsi pengalaman menjadi penulis. Setiap orang pun tak lepas daripada mempunyai sekurang-kurangnya seorang idola.

Konsep idola sebenarnya luas. Sesiapa pun mampu menjadi idola malah kanak-kanak peminta sedekah yang di kaki lima itu pun boleh jadi idola! Dalam konteks ini, ambillah dari sudut positif.

Masyarakat pandang rendah pada mereka sedangkan mereka tidak pun mahu jadi sebegitu! Bayangkan, siapa tak malu bila dengan muka temboknya meminta orang sedekahkan duit?

Malah, saya rasa apa yang saya bakal saya bicarakan ini memang berlaku dalam masyarakat hari ini. Mereka sewenang-wenangnya berkasar dan melemparkan kata-kata cerca dan nista pada mereka! Kurang ajar dan biadap sungguh!

Mungkin mereka perlu menyara keluarga mereka yang miskin. Dan kanak-kanak itu berasakan tanggungjawabnya untuk ‘bekerja’. Pengemis adalah jalan yang paling mudah. Sedangkan ada antara kita yang kaya-raya dengan hasil wang haram, mereka dengan sabar meminta tanpa memaksa mencari wang. Tersayat sungguh hati saya bila mana melihat golongan ini diaibkan depan masyarakat.

Okey. Berbalik kepada tajuk kolum ini. Sebelum saya terfikir hendak menjadi penulis, perkara pertama yang bermain di minda saya ialah idola. Sebab saya tergolong antara golongan majoriti pembaca yang kebiasaannya berminat menjadi penulis.

Saya sukakan gaya penulisan Ramlee Awang Murshid dan Aina Emir. Dua penulis ini memang amat ketara berbeza dari segi genre penulisan yang diketengahkan. Tapi, bila kedua-dua ini dicampurkan (dalam konteks ini, ‘dicampurkan’ merujuk genre penulisan yang membakar semangat saya) maka terhasillah Bagaikan Mimpi.

Tapi, Bagaikan Mimpi tidak banyak menonjolkan babak thriller tapi lebih banyak kepada magis dan persahabatan. Elemen romantis, melankolik(sedih, hiba) memang ada.

Saya memilih genre thriller kerana saya rasakan genre ini amat kurang di Malaysia. Memang ada penulis thriller, tapi yang menyerlah amat sedikit. Rasanya, tidak keterlaluan jika saya katakan genre ini seperti nyawa-nyawa ikan di Malaysia.

Untuk penggemar novel thriller dan insan yang ingin menjadi novelis thriller, saya terpaksa mengambil banyak inspirasi daripada penulis luar.

Antara yang saya kagumi ialah Stephenie Meyer. Jika anda peminat novel thriller romantis Inggeris, saya pasti anda kenal penulis ini. Namanya mungkin belum gah seperti J.K. Rowling tetapi karyanya unggul dan mendapat komen yang amat positif di kebanyakan media massa.

Filem Twilight yang pernah menjengah pawagam itu adalah adaptasi daripada karya beliau. Novel Twilight itu juga pernah dialih bahasa kepada 37 bahasa seluruh dunia dan terjual lebih 40 juta naskhah juga di seluruh dunia.

Twilight mengisahkan kisah romantis antara manusia dan pontianak. Selain dikenali sebagai pakar novel thriller, seram, romantis, beliau juga pernah menghasilkan novel sains fiksyen bertajuk The Host . Tahun lepas, beliau diiktiraf sebagai penulis laris di pasaran apabila 22 juta naskhah dalam tempoh setahun melalui karya Twilight: New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn.

Percaya atau tidak, saya dan auntie Meyer ada persamaan. Antaranya, beliau mengambil inspirasi daripada karya sastera klasik Inggeris (manakala saya sastera klasik Melayu dan sedikit Inggeris) iaitu Orson Scott Card, Jane Austen, William Shakespeare, Douglas Adams, LM Montgomery, Maeve Binchy dan banyak lagi.

Satu lagi persamaan kami ialah, kami banyak mengambil inspirasi daripada lagu-lagu. Antara penyanyi pencetus ideanya ialah Muse, Linkin Park, My Chemical Romance, U2, Kasabian, Travis, The All American Rejects dan banyak lagi.

Bagi saya pula, artis yang paling banyak mempengaruhi karya saya ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir (Malaysia) Yui, Tachyon dan beberapa lagi artis (Jepun) manakala yang paling banyak membakar semangat saya ialah kumpulan dari Jepun, Hey! Say! JUMP.

Kemudian, saya juga minat karya J.K. Rowling. Tak perlulah saya terangkan banyak tentang penulis ini sebab saya percaya ramai yang dah tahu latar belakangnya. Tapi yang paling menarik tentang JK Rowling ialah… Sebenarnya beliau menulis novel Harry Potter sekadar untuk membayar sewa rumah tapi sekarang, beliau mampu membeli sebuah istana! Hebat, bukan?!

Penulis seterusnya ini pula merupakan penulis yang mencipta nama hampir seusia dengan saya. Kebetulan, kami juga lelaki. Cuma sekarang dia dah dewasa dah… Usianya pada tahun 2009 ialah 26 tahun.

Penulis yang saya maksudkan ialah Christopher Paolini. Imaginasinya hebat dalam memperjuangkan warisan budaya lewat novel Inggeris beliau, Eragon, Eldest dan Brisingr.

Untung penulis ini sebab tinggal di tempat yang cantik dan indah lantas memudahkan beliau mencipta suasana latar tempat dalam novel beliau dengan begitu ‘hidup’ kerana beliau sendiri mengalaminya. Tempat itu ialah di Paradise Valley, Montana tempat letaknya Gunung Beartooth yang diselaputi salji.

Penulis yang sudah menempa nama ini pun masih lagi mempunyai idola iaitu Bruce Coville, Frank Herbert, ER Eddison, David Eddings, Jane Yolen, Ursula K Le Guin dan ramai lagi.

Bagi peminat filem Eragon, nama Christopher Paolini perlu anda ingat kerana cerita itu bertitik tolak daripada imaginasi penulis ini. Eragon sebetulnya diterbitkan oleh keluarga Paolini sendiri. Namun, pihak penerbitan yang dapat menghidu potensi beliau telah meminta hak kebenaran untuk mengedarkan di seluruh dunia.

Paolini banyak terlibat dalam ceramah penulisan dan setakat yang saya ketahui, beliau telah mengadakan ceramah di 135 sekolah dan perpustakaan bagi tujuan promosi.

Percaya atau tidak, saya mengenali penulis-penulis bernama Christopher Paolini, Stephenie Meyer dan Catherine Banner bukan melalui karya mereka tetapi latar belakang mereka. Membaca karya mereka barangkali mampu mempertingkatkan mutu penulisan dan memperbaiki gaya bahasa. Tetapi jika membaca autobiografi mereka dapat membakar semangat saya.

Malah, tak mustahil satu hari nanti, saya menulis novel Inggeris pula! Insya-ALLAH…

Tinggalkan komen »

Pertandingan Petanque Piala Angkasa Peringkat Negeri Melaka kali ke-15

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Gill Sans MT”; panose-1:0 0 0 0 0 0 0 0 0 0; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:3 0 0 0 1 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:”";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;}

Hari ini, 4 April 2009, saya ‘bertempur’ di medan gelanggang buat julung-julung kalinya secara serius melibatkan peringkat yang mampu membawa mewakili Malaysia. Tapi, saya kalah. Mungkin dalam nombor tiga dan empat.

Kumpulan kami guna nama SMST (B). SMST (A) adalah group abang-abang senior.

Sebelum sampai suku akhir, adalah dalam 4-5 perlawanan yang saya dan geng lawan. Alhamdulillah, satu aje kalah. Paling sengit bila bertempur dengan SMK Klebang Besar. Masing-masing main psiko!

*Psiko di sini bermaksud memanipulasi minda musuh/ahli kumpulan dengan tujuan untuk menjatuhkan/menaikkan semangat ahli kumpulan.

SMK Klebang Besar hiruk-pikuk dengan cheers-girls dia orang. Kumpulan kami dapat sokongan padu abang-abang senior dan pemain petanque kebanggaan Malaysia yang pernah mewakili Malaysia di Perancis.

Dan kami menang sekali gus melayakkan kami mendapat peluang ke suku akhir.

“SMST (A) lawan SMST (B) di padang ___ (tak ingat pulak!), Wah… Adik beradik lawan adik beradik!” satu suara berteriak. Ya! Memang sengit! Adik-beradik lawan adik-beradik!

Perlawanan kami mencuri tumpuan banyak pihak. Susah nak menang sebab abang-abang ni bersemangat betul dan semuanya hebat-hebat. Saya jangkakan, memang dia orang wakil Melaka ke peringkat Kebangsaan.

Oleh kerana mereka senior, jadi mestilah dia orang lagi teror. Kami kalah dengan keputusan 13-6. Okeylah tu… Sampai peringkat suku akhir ni pun dah cukup membanggakan. Itu kata cikgu penasihat kumpulan kami, Cikgu Norhaliza namanya.

Esok masih ada. Itu yang pasti. Sinar masih cerah. Itu kita serah pada ketentuan takdir Allah.

Tinggalkan komen »

Gegarkan… Karnival Pendidikan Melaka! Nantikan… Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!!!

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Gill Sans MT”; panose-1:0 0 0 0 0 0 0 0 0 0; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:3 0 0 0 1 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>


/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:”";
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;}

Bermula 3 April 2009, Melaka mengadakan Karnival Pendidikan Melaka bertempat di Malacca International Trade Center (MITC). Saya masih belum pergi lagi (hari ini 4 April 2009) kerana terikat dengan pelajaran dan Pertandingan Petanque Peringkat Negeri Melaka.

Alhamdulillah, Bagaikan Mimpi katanya dijual di sana. Insya-ALLAH, esok, lebih kurang 12 tengahari, saya akan ke sana.

Dan yang paling dinanti-nantikan ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke 28 di Putra World Trade Center (PWTC) yang dijadualkan akan bermula pada 17 April ini! Saya belum pasti tarikh saya di sana. Kemungkinan besar 18, 19, 25 dan 26 April.

Pesta buku kali ini dijangka akan tarik 2.2 juta pengunjung selama tempoh 10 hari diadakan. Dan saya tak sabar-sabar nak jumpa dan mendengar sendiri maklum balas pembaca.

Yang pasti, anda wajib datang dan singgah booth KarnaDya nanti, okey!!!!

Tinggalkan komen »