Pejam, celik. Pejam, celik dah seminggu saya dan pelajar lain bercuti. Saat saya menulis kolum ini, sehari sebelum sekolah akan dibuka semula.
Aneh tajuk kolum ini, kan? Okey, biar saya terangkan…
Seronoknya sebab saya berpeluang menjejakkan kaki ke Langkawi bersama ayah saya mengikut rombongan Kolej Matrikulasi Melaka. Memang seronok sangat pergi ke Langkawi. Namun, pemandangan kampungnya tidak jauh beza dengan negeri Melaka.
Cuma yang benar-benar membuatkan hati teruja ialah di beberapa kawasan seperti pantai-pantainya dan keunikan ‘khazanah’ Oriental Village yang mempesonakan. Memang sesuai sekali dengan pengiktirafan yang diterima menjadikan Langkawi Geopark. Suasana pagi di Langkawi memang indah dan aman.
Berikut antara gambar saya semasa di Langkawi.




Sekarang, saya sedang membikin klip video sepanjang saya berada di sana. Namun, jangan bimbang. Dalam masa terdekat, insya-ALLAH akan disiapkan dan anda dapat menyaksikannya di YouTube.
Kemudian, saya juga berpeluang menyaksikan Race to Witch Mountain. Saya menyaksikannya dengan kakak dan busu saya. Filem tu memang best. Visual effectnya memang nampak realistik contohnya ketika adegan bawah tanah, di dalam terowong kereta api dan adegan Seth dilanggar namun kereta yang melanggarnya yang hancur.
Mula-mula, saya nak tengok Dragonball Evolutions, namun ramai yang sarankan filem itu amat tidak memuaskan. Kata mereka, visual effectnya saja yang nampak realistik, jalan ceritanya dan watak-wataknya banyak diubah dan ditokok tambah. Entahlah!
Sekarang, saya sedang nantikan filem Harry Potter. Harap magis kali ini tak berkurangan macam yang terjadi dalam filem Harry Potter terdahulu.
Saya juga berpeluang bermain boling pada hari yang sama bersama rakan-rakan saya. Maklumlah, saya tak pernah main boling sebelum ni. Jadi, tak mustahillah saya yang kalah teruk! Hahahaha!
Tapi tak apa… Kami main sekadar suka-suka. Dan ini bukan yang terakhir pun…
Dan yang tak seronoknya, dalam saya bersenang-senang, saya terpaksa menyiapkan kerja sekolah. Biasalah, itu tanggungjawab sebagai pelajar. Tetapi yang mengganggu lagi, saya perlu menghafal teks syarahan agama untuk pertandingan.
Argh! Memang bosan nak menghafal. Novel sambungan Bagaikan Mimpi pulak dah tergendala di tengah jalan. Hai… Harap semuanya okey.
Demikian saja catatan saya kali ni. Harap anda yang membaca jangan lupa pesanan saya! – Dapatkan novel saya, Bagaikan Mimpi di pasaran! Hahaha…;)