FEBRUARI: Bulan yang serba sibuk!

Februari 2009 merupakan bulan yang banyak aktiviti bagi saya. Selain Temasya Sukan Tahunan sekolah, saya juga terlibat dalam pertandingan petanq, ujian bulan Februari, latihan koir bulan 3 dan persiapan persembahan untuk majlis persaraan guru sains saya (Cikgu Halimah), membuat cerpen bertemakan guru dan sesuatu yang mengujakan menanti saya di penghujung bulan ini iaitu Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi.

Alhamdulillah, pertandingan petanq dapat nombor tiga. Tak apalah… Dapat jugak nombor. Yang penting, dalam kalahkan abang-abang dan kakak-kakak tingkatan 3, 4 dan 5. Puas!

Anda tahu apa itu petanq? Petanq lebih kurang macam boling padang. Tapi peserta boleh melantunkannya. Cara main ketara berbeza dengan boling. Satu perlawanan petanq memerlukan 2 kumpulan. Setiap kumpulan memerlukan tiga ahli.

Saya bersama dengan Hafiz, sepupu saya dan Dinie, kawan saya. Semuanya tingkatan 2. Petanq di SMK Seri Tanjong memang popular. Sekolah saya pernah hantar wakil sampai peringkat SUKMA! Dan ada antaranya dibawa hingga ke persada antarabangsa contohnya… err… tak ingatlah. Yang pasti, abang tu bukan sekolah kat SMK Seri Tanjong lagi. Dia dan jadi mantan. Sekarang ni dia dah bukan tahap killer lagi dah, profesional, expert macam-macam lagilah!

Ada tiga peringkat pemain. Saya masih peringkat awal. Saya dah lupa peringkat satu dan dua. Yang ketiga itu dipanggil killer, yang mahir dan hebat.

Perlawanan kami dan kumpulan lawan pada mulanya sentiasa berpihak kepada kami. 13-5, 13-3, 13-0 (menang tanpa bertanding) dan beberapa lagi. Yang akhir, kami pulak kalah teruk! 13-4! Kami lawan Tingkatan 5 (Team Rocket).

Oh, ya! Nama kumpulan saya terpaksa dirahsiakan kerana nama itu akan dimuatkan dalam novel saya. Nama kumpulan agak panjang tapi kami dipanggil dengan gelaran EDC. Cuba cari makna EDC. Klu… ia ada dalam kamus dewan. Hahaha…

Dapat jugak masuk semi-final. Tu yang kalah dalam perlawanan pertama. Yang kalah di perlawanan kedua bertembung dengan kitorang manakala yang menang lawan yang menang. Satu benefit bagi kumpulan johan, diorang bukan aje dapat hadiah bahkan wakil sekolah untuk perlawanan peringkat negeri.

Semasa lawan tulah rezeki berpihak pada kami…

Kemudian, saya jugak terlibat dengan persembahan untuk bulan bahasa dan saster peringkat sekolah yang dijadualkan akan dilancar pada 2 Mac 2009. Cuba teka, apa istimewanya hari tersebut? Hari lahir saya yang ke-14!

Banyak aktiviti telah dirancang untuk program ini. Antaranya, pertandingan menulis sajak, cerpen dan sebagainya. Saya juga akan terlibat. Cerpen saya sudah pun dihantar dengan judul Kala Duka Tersenyum. Kalau menang, saya akan paparkan di laman ini, okey? Sajak… belum lagi la… Tak ada idea. Temanya bebas. Kalau boleh, saya nak hantar sajak yang saya beri pada auntie aina itu aje tapi tak boleh. Hak cipta sudah jadi milik Kak Aina tapi saya tetap penulisnya. Jadi, saya akan buat puisi baru.

Kemudian, saya juga terlibat dalam pertandingan cerpen kanak-kanak sempena hari guru. Saya dah hantar cerpen jugak dengan judul lebih mudah Aku, Sahabat dan Guruku. Saya tak letak harapan yang besar untuk menang sebab selain faktor syarat patah perkataannya yang tidak boleh melebihi 500 patah perkataan dan faktor kesuntukan masa.

Sebelum tu, saya terlibat dengan aktiviti ujiantara di mana saya perlu menyumbangkan mata buat rumah sukan saya, Kasturi dengan mengambil bahagian dalam acara 400 meter, 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru.

Ada jugak yang tak lepas. Hehehe… Tapi yang pasti, saya lepas 400 meter! Sampai garisan, saya nak termuntah dua kali. Lutut macam nak tercabut. Saya duduk tapi kakak PBSM nasihat supaya jalan-jalan supaya tak pengsan.

Akur, saya pun bangun. Nasib baik dapat kad. Dapat gak mata rumah sukan. Macam mana pun, rumah Kasturi rumah tercorot! Tulah… selalu tak datang latihan rumah sukan. Ooppss! Saya selalu datang!

Dalam saya menulis kolum ni, saya menghitung hari untuk menyambut ujian pertama dalam tahun 2009 iaitu Ujian Februari. Sekolah saya amalkan sistem ‘ingat kembali’ di mana pelajaran awal bab setiap subjek tingkatan satu akan dimasukkan dalam subjek-subjek tertentu dalam ujian ini.

Ini sebagai langkah untuk memudahkan kami menghadapi PMR. Setuju memang setuju. Tapi jenuh jugak nak bukak buku Tingkatan 1 balik. (Ewah… ewah… Kalau novel boleh pulak)

Harap-harap dapat skor A banyak subjek. Harap-harap juga dapat banyak mata pelajaran tertinggi dan golongan TopThree 2 RK 1. Insya-ALLAH… Untuk sambungan Bagaikan Mimpi, saya terpaksa tinggalkan awak sebentar. Hehehe…

Oh, ya! Saya juga sekarang tengah baca Rahsia Perindu (Ramlee Awang Murshid) yang kakak saya baru beli. Ceritanya… boleh tahan. Saya juga baca Kuseru Namamu (Ilani Mysara) yang saya dah baca. Ulang baca untuk cari identiti. Itu kata Puan Sharifah Abu Salem.

Saya juga perlu buat persembahan majlis persaraan Puan Halimah. Ia masih di tahap perbincangan kerana ura-ura mengatakan Cikgu Halimah tak nak apa-apa untuk persaraannya termasuk hadiah, majlis, persembahan dan sebagainya.

Dia kata, dia mahukan hari terakhir dia di sekolah tu sama seperti biasa. Betapa tulusnya hati Cikgu Halimah! Pun begitu, hanya masa menentukan.

Dan… minggu selepas peperiksaan, pada awal minggu itu… satu sejarah hidup saya pula terlakar dengan Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi yang dijadualkan akan berlangsung di Dewan SMK Seri Tanjong. Ia diadakan bersama-sama dengan Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah.

Sekolah telah berhubung dengan KarnaDya dan kata mereka, KarnaDya akan datang pada hari itu untuk menjual buku dan sama-sama menyokong majlis tersebut.

Pelancarnya kemungkinan besar Pengerusi PIBG Sekolah, En. Rahman bin Mat dan Pengetua Sekolah, Puan Hajah Shaleha binti Abdol atau Penglipur Lara Moden Malaysia, Aina Emir.

Saya cuba berhubung dengan Aina Emir. Tapi, Kak Aina cakap tengok dulu. Hari Sabtu (14 Feb) ada Bengkel Penulisan KarnaDya. Nak sangat hadir sebab saya memang minat menulis. Bagaikan Mimpi buktinya. Kerana amatur, saya ingin lagi menimba ilmu.

Saya terikat dengan sekolah ganti sempena cuti tahun baru Cina yang lalu. Tambahan pula, minggu berikutnya saya perlu menduduki ujian.

Berita ada novelis di sekolah saya mula merebak macam virus. Cikgu-cikgu dah mula bertanya betul ke saya tulis novel dan bila pelancarannya. Nak tak nak, saya beritahulah jugak.

Mula-mula nak buat suprise sikit, tapi cikgu tanya, jawablah. Pelajar-pelajar pun dah banyak yang tahu macam di koperasi, masa saya nak beli Cochlairs (gula-gula coklat kegemaran saya), kakak tu tanya betul ke saya tulis novel.

Orang tengah banyak pulak tu. Malu betul! Saya tanya, mana akak tahu. Rupa-rupanya, kakak tu kakak saudara kawan saya, Aina. Aina dan Hamimi merupakan dua insan yang pertama membaca karya saya sejak darjah enam lagi.

Nama diorang ni saya tulis dalam Bagaikan Mimpi di bahagian penghargaan. Lihatlah nanti, ya?

Ramai lagi cikgu tanya antaranya cikgu penasihat petanq. Dahtu… adalah kawan-kawan yang mintak free. Waduh-waduh… Tak bolehlah macam ni. Hahaha! Kelas saya memang dah sedia maklum sebab kami macam adik beradik semuanya.

Cikgu Fatimah, guru tingkatan juga mintak beberapa cenderahati Bagaikan Mimpi untuk diletakkan di sudut bacaan kelas. Saya belum beri kata putus tetapi insya-ALLAH, saya akan beri.

Tapi bukan dalam masa terdekat. Pertengahan tahun nanti saya akan beri sebab nanti semua nak baca free.. Mana boleh! Hehehe…

Diam-diamlah kalau baca kolum ni. Takut nanti kawan-kawan tahu. Huhuhu!

Kemudian, saya sibuk dengan tilawah al-Quran, Petanque anti-dadah, syarahan agama serta pertandingan pidato. Memang sibuk giler! Rasa nak tolak aje semuanya. 

Februari memang sesak dengan macam-macam aktiviti. Amat besar harapan saya untuk mengawal kesemuanya agar seimbang. Dan yang paling mendebarkan ialah Ujian Februari dan Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi nanti.

Katakan

Anda pasti adalah telah log masuk untuk mempos komen,