Arkib bagi Februari, 2009

Sekitar Majlis Pelancaran

Alhamdulillah… Dah lepas debar menantikan detik pelancaran. Kini selamat dilancarkan…

Kalau nak tahu, novel Bagaikan Mimpi habis masa jualan promosi. Ramai tak dapat beli. Kamera pulak buat hal. Apa-apapun, saya harap sambutannya lebih memberangsangkan pada masa akan datang. Gambar-gambar saya akan masukkan tapi mungkin lambat lagi.

SORRY!

P/S: Akan datang… Sambungan Bagaikan Mimpi atau jika ada aral, novel misteri seram akan datang!

Tinggalkan komen »

Debaran menjelang Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi

Salam, semua. Hari ini, 22 Februari malam, saya memaksa diri untuk menulis di kolum ini untuk anda meski saya dihambat rasa teruja, berdebar, gementar dan macam-macam lagi perasaan.

Semalam (Sabtu), saya menyertai Pertandingan Petanque untuk program Agensi Antidadah Kebangsaan. Dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. ALLAH! Penatnya!

Ini bukan acara sekolah. Ini peringkat negeri Melaka. Memang gantar habis! Saingan hebat-hebat!

Peringkat pertama, kami jumpa KTIAM, Kolej Teknologi Islam Melaka (mungkin la.. Saya tak tahu nama sebenar). Kalah nak kata teruk, tak jugak. Tapi kalahlah. Yang kedua, alhamdulillah. Ditakdirkan kami menang.

Di perlawanan ketiga, kami sekali lagi jumpa KTIAM. Siapa kalah peringkat ni, maknanya kena pulang dengan hampa. Begitu juga dengan peringkat seterusnya. Kalah mati!

Perlawanan ketiga adalah perlawanan yang paling saya suka. Sebab masa perlawanan pertama, kami kalah dengannya. Kali ini, kami bangkit menjatuhkannya! Yes! Yahooo!!!!

Full marks, 11 mata aje. Bayangkan, kami berhadapan saat genting sebab pada mulanya, markah kami 10-0. 10-0! Jangan bawak main! Kalau abang-abang tu dapat masukkan bola satu pun, kita orang dah gerenti kalah.

Nasib baik… Tiba-tiba daripada 0 kami naik 6. Enam-enam bola petanq kumpulan kami paling dekat! Ramai yang tertarik dengan persembahan kami. Pak cik-pakcik bangkit bagi sokongan yang amat dahsyat. Semangat kami berkobar-kobar!

Kemudian, kami naik lagi satu. Jadi 10-7. Dan… akhirnya… kami masukkan 4 bola petanq menjadikan markah kami 11! Kami berjaya menewaskan KTIAM di saat genting!

Perlawanan keempat, tekak saya dah dahaga. Duit pulak terlalu sikit bawak. Ingatkan tak lama. Dah… saya dah macam nak mati. Tenaga dah hilang dan konsentrasi pun hilang.

Maka, kami kalah dengan dua orang pakcik dan seorang remaja yang nampaknya lebih hebat daripada kami. Kami terima kekalahan kami sekurang-kurangnya, dah dua kumpulan yang kami tewaskan. Dan kedua-duanya adalah terdiri daripada pakcik-pakcik dan abang-abang.

Berbaloi jugak RM10 yang kami keluarkan. Puas! Sekolah sponsor kami. Itu pun dah cukup baik. Abang Hamdan yang pernah wakil Malaysia pun banyak bantu kami.

Ada beberapa perkara yang saya tak puas hati. Pertama, itu hal peribadi. Maaf. Saya cuma nak tegaskan, ia bukan berkenaan kami ahli kumpulan. Kami bertiga bersemangat setiakawan! Hehe… Kedua… berbaloi memanglah berbaloi. Tapi, muka saya dah macam kuda belang!

Bahagian mata kulit asal. Separuh hidung, dah hitam. Sedangkan saya patut jaga fizikal dan mental untuk persediaan esok (Majlis Pelancaran Novel). Menyesal! Kenapa jadi macam tu? Saya pakai topi. Topi lindungi bahagian atas aje. Maka, bahagian belakang leher, telinga dan bahagian bawah muka tu hitamlah. Bayangkan, merah dibakar matahari yang terik!

Malunya nak datang esok. Tapi, nak buat macam mana… Nasi dah jadi bubur. Harap kalau kawan-kawan baca kolum ni, janganlah ejek, ya!

Teringat hari esok, saya berdebar-debar sekarang ni. Berdoa, ya ALLAH! Semoga semuanya berjalan dengan baik, teratur dan sempurna. Saya tak pasti ada akhbar yang datang atau tidak. Cuma berwas-was ajelah…

Oh, ya! Dan tawakal. Untuk anda semua, tolong doakan saya tak menggigil atas pentas nanti. Insya-ALLAH. Saya pergi sekarang!

Sejarah! Aku akan datang kepadamu! Esok!

 

Tinggalkan komen »

Yang telah berlalu

Alhamdulillah… Dah tercapai impian saya nak tonton Upin dan Ipin malam Ahad yang lepas. Saya tonton malam lepas dah habis petanq. Nak tahu tentang petanq, baca yang atas.

Saya bangga kerana keseluruhannya memang baik. Plot cerita kemas, banyak humor, suspen, thriller, seram semuanya ada. Bak kata ayah Rajoo… Melayu ada, Cina ada, India ada. Macam-macam ada! (Dalam loghat India)

Fantastik! Menakjubkan! Satu-satunya filem animasi Malaysia yang bakal menggegarkan industri perfileman Malaysia! Syabas Les’Copaque. Kalau 5 bintang diberi pun saya rasa tak cukup. 500 bintang baru cukup.

Saya pasti, Geng Pengembaraan Bermula ini akan dibuat sirinya. Saya akan sentiasa menantikannya. Seronok!

Tak berbaloi saya mencari panggung. Mula-mula nak pergi di GSC Dataran Pahlawan, tapi kesesakan membuatkan saya pergi ke MBO MelakaMall. Saya duduk di bahagian tepi sekali tapi tak ada bezanya. Nampak jelas dan cantik.

Berbaloi jugak saya balik 12.12 malam. Waktu tayangan mula 10.30. Memang best. Memang RUGI kalau anda TAK TENGOK. Jadi, tengok sekarang!

Tinggalkan komen »

FEBRUARI: Bulan yang serba sibuk!

Februari 2009 merupakan bulan yang banyak aktiviti bagi saya. Selain Temasya Sukan Tahunan sekolah, saya juga terlibat dalam pertandingan petanq, ujian bulan Februari, latihan koir bulan 3 dan persiapan persembahan untuk majlis persaraan guru sains saya (Cikgu Halimah), membuat cerpen bertemakan guru dan sesuatu yang mengujakan menanti saya di penghujung bulan ini iaitu Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi.

Alhamdulillah, pertandingan petanq dapat nombor tiga. Tak apalah… Dapat jugak nombor. Yang penting, dalam kalahkan abang-abang dan kakak-kakak tingkatan 3, 4 dan 5. Puas!

Anda tahu apa itu petanq? Petanq lebih kurang macam boling padang. Tapi peserta boleh melantunkannya. Cara main ketara berbeza dengan boling. Satu perlawanan petanq memerlukan 2 kumpulan. Setiap kumpulan memerlukan tiga ahli.

Saya bersama dengan Hafiz, sepupu saya dan Dinie, kawan saya. Semuanya tingkatan 2. Petanq di SMK Seri Tanjong memang popular. Sekolah saya pernah hantar wakil sampai peringkat SUKMA! Dan ada antaranya dibawa hingga ke persada antarabangsa contohnya… err… tak ingatlah. Yang pasti, abang tu bukan sekolah kat SMK Seri Tanjong lagi. Dia dan jadi mantan. Sekarang ni dia dah bukan tahap killer lagi dah, profesional, expert macam-macam lagilah!

Ada tiga peringkat pemain. Saya masih peringkat awal. Saya dah lupa peringkat satu dan dua. Yang ketiga itu dipanggil killer, yang mahir dan hebat.

Perlawanan kami dan kumpulan lawan pada mulanya sentiasa berpihak kepada kami. 13-5, 13-3, 13-0 (menang tanpa bertanding) dan beberapa lagi. Yang akhir, kami pulak kalah teruk! 13-4! Kami lawan Tingkatan 5 (Team Rocket).

Oh, ya! Nama kumpulan saya terpaksa dirahsiakan kerana nama itu akan dimuatkan dalam novel saya. Nama kumpulan agak panjang tapi kami dipanggil dengan gelaran EDC. Cuba cari makna EDC. Klu… ia ada dalam kamus dewan. Hahaha…

Dapat jugak masuk semi-final. Tu yang kalah dalam perlawanan pertama. Yang kalah di perlawanan kedua bertembung dengan kitorang manakala yang menang lawan yang menang. Satu benefit bagi kumpulan johan, diorang bukan aje dapat hadiah bahkan wakil sekolah untuk perlawanan peringkat negeri.

Semasa lawan tulah rezeki berpihak pada kami…

Kemudian, saya jugak terlibat dengan persembahan untuk bulan bahasa dan saster peringkat sekolah yang dijadualkan akan dilancar pada 2 Mac 2009. Cuba teka, apa istimewanya hari tersebut? Hari lahir saya yang ke-14!

Banyak aktiviti telah dirancang untuk program ini. Antaranya, pertandingan menulis sajak, cerpen dan sebagainya. Saya juga akan terlibat. Cerpen saya sudah pun dihantar dengan judul Kala Duka Tersenyum. Kalau menang, saya akan paparkan di laman ini, okey? Sajak… belum lagi la… Tak ada idea. Temanya bebas. Kalau boleh, saya nak hantar sajak yang saya beri pada auntie aina itu aje tapi tak boleh. Hak cipta sudah jadi milik Kak Aina tapi saya tetap penulisnya. Jadi, saya akan buat puisi baru.

Kemudian, saya juga terlibat dalam pertandingan cerpen kanak-kanak sempena hari guru. Saya dah hantar cerpen jugak dengan judul lebih mudah Aku, Sahabat dan Guruku. Saya tak letak harapan yang besar untuk menang sebab selain faktor syarat patah perkataannya yang tidak boleh melebihi 500 patah perkataan dan faktor kesuntukan masa.

Sebelum tu, saya terlibat dengan aktiviti ujiantara di mana saya perlu menyumbangkan mata buat rumah sukan saya, Kasturi dengan mengambil bahagian dalam acara 400 meter, 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru.

Ada jugak yang tak lepas. Hehehe… Tapi yang pasti, saya lepas 400 meter! Sampai garisan, saya nak termuntah dua kali. Lutut macam nak tercabut. Saya duduk tapi kakak PBSM nasihat supaya jalan-jalan supaya tak pengsan.

Akur, saya pun bangun. Nasib baik dapat kad. Dapat gak mata rumah sukan. Macam mana pun, rumah Kasturi rumah tercorot! Tulah… selalu tak datang latihan rumah sukan. Ooppss! Saya selalu datang!

Dalam saya menulis kolum ni, saya menghitung hari untuk menyambut ujian pertama dalam tahun 2009 iaitu Ujian Februari. Sekolah saya amalkan sistem ‘ingat kembali’ di mana pelajaran awal bab setiap subjek tingkatan satu akan dimasukkan dalam subjek-subjek tertentu dalam ujian ini.

Ini sebagai langkah untuk memudahkan kami menghadapi PMR. Setuju memang setuju. Tapi jenuh jugak nak bukak buku Tingkatan 1 balik. (Ewah… ewah… Kalau novel boleh pulak)

Harap-harap dapat skor A banyak subjek. Harap-harap juga dapat banyak mata pelajaran tertinggi dan golongan TopThree 2 RK 1. Insya-ALLAH… Untuk sambungan Bagaikan Mimpi, saya terpaksa tinggalkan awak sebentar. Hehehe…

Oh, ya! Saya juga sekarang tengah baca Rahsia Perindu (Ramlee Awang Murshid) yang kakak saya baru beli. Ceritanya… boleh tahan. Saya juga baca Kuseru Namamu (Ilani Mysara) yang saya dah baca. Ulang baca untuk cari identiti. Itu kata Puan Sharifah Abu Salem.

Saya juga perlu buat persembahan majlis persaraan Puan Halimah. Ia masih di tahap perbincangan kerana ura-ura mengatakan Cikgu Halimah tak nak apa-apa untuk persaraannya termasuk hadiah, majlis, persembahan dan sebagainya.

Dia kata, dia mahukan hari terakhir dia di sekolah tu sama seperti biasa. Betapa tulusnya hati Cikgu Halimah! Pun begitu, hanya masa menentukan.

Dan… minggu selepas peperiksaan, pada awal minggu itu… satu sejarah hidup saya pula terlakar dengan Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi yang dijadualkan akan berlangsung di Dewan SMK Seri Tanjong. Ia diadakan bersama-sama dengan Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah.

Sekolah telah berhubung dengan KarnaDya dan kata mereka, KarnaDya akan datang pada hari itu untuk menjual buku dan sama-sama menyokong majlis tersebut.

Pelancarnya kemungkinan besar Pengerusi PIBG Sekolah, En. Rahman bin Mat dan Pengetua Sekolah, Puan Hajah Shaleha binti Abdol atau Penglipur Lara Moden Malaysia, Aina Emir.

Saya cuba berhubung dengan Aina Emir. Tapi, Kak Aina cakap tengok dulu. Hari Sabtu (14 Feb) ada Bengkel Penulisan KarnaDya. Nak sangat hadir sebab saya memang minat menulis. Bagaikan Mimpi buktinya. Kerana amatur, saya ingin lagi menimba ilmu.

Saya terikat dengan sekolah ganti sempena cuti tahun baru Cina yang lalu. Tambahan pula, minggu berikutnya saya perlu menduduki ujian.

Berita ada novelis di sekolah saya mula merebak macam virus. Cikgu-cikgu dah mula bertanya betul ke saya tulis novel dan bila pelancarannya. Nak tak nak, saya beritahulah jugak.

Mula-mula nak buat suprise sikit, tapi cikgu tanya, jawablah. Pelajar-pelajar pun dah banyak yang tahu macam di koperasi, masa saya nak beli Cochlairs (gula-gula coklat kegemaran saya), kakak tu tanya betul ke saya tulis novel.

Orang tengah banyak pulak tu. Malu betul! Saya tanya, mana akak tahu. Rupa-rupanya, kakak tu kakak saudara kawan saya, Aina. Aina dan Hamimi merupakan dua insan yang pertama membaca karya saya sejak darjah enam lagi.

Nama diorang ni saya tulis dalam Bagaikan Mimpi di bahagian penghargaan. Lihatlah nanti, ya?

Ramai lagi cikgu tanya antaranya cikgu penasihat petanq. Dahtu… adalah kawan-kawan yang mintak free. Waduh-waduh… Tak bolehlah macam ni. Hahaha! Kelas saya memang dah sedia maklum sebab kami macam adik beradik semuanya.

Cikgu Fatimah, guru tingkatan juga mintak beberapa cenderahati Bagaikan Mimpi untuk diletakkan di sudut bacaan kelas. Saya belum beri kata putus tetapi insya-ALLAH, saya akan beri.

Tapi bukan dalam masa terdekat. Pertengahan tahun nanti saya akan beri sebab nanti semua nak baca free.. Mana boleh! Hehehe…

Diam-diamlah kalau baca kolum ni. Takut nanti kawan-kawan tahu. Huhuhu!

Kemudian, saya sibuk dengan tilawah al-Quran, Petanque anti-dadah, syarahan agama serta pertandingan pidato. Memang sibuk giler! Rasa nak tolak aje semuanya. 

Februari memang sesak dengan macam-macam aktiviti. Amat besar harapan saya untuk mengawal kesemuanya agar seimbang. Dan yang paling mendebarkan ialah Ujian Februari dan Majlis Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi nanti.

Tinggalkan komen »