Salam…
Tertarik untuk menyentuh tentang perfileman pula. Kalau asyik sastera 100%, bosan kan?
Pada awalnya, saya mmg x pernah minat filem-filem Jepun dan Korea sebab saya bukannya faham sari kata inggerisnya (ni masa kecil-kecil). Masa tu, saya pun naik hairan tengok kakak saya minat giler-giler!
Tapi sekarang, saya rasa aneh pula dengan diri saya. Sekarang dah terbalik! Saya pun minat cerita Jepun tau!!!
Setakat ni, saya x minat menonton cerita Jepun di televisyen. Drama yang saya minat di 8TV cuma Devil Beside You. Ini drama China. Pernah tengok? Malangnya, sekarang drama itu sudah pun tamat.
Sekarang saya menjadi penonton setia drama Sontia Pasta di 8tv. Sudah menjadi lumrah bagi produksi di China agaknya untuk memilih kisah kehidupan selebriti sebagai plot cerita. Tapi, saya tak bosan pun. Selain unsur humor yang dijadikan sebagai hiburan, ia menerapkan pengajaran yang bernilai dan bukannya seratus peratus tertumpu pada cinta.
Kalau drama Jepun, saya dah tonton 2. Pertama yg membuatkan hati saya terbuka untuk menonton filem Jepun ialah For You In Full Bloom atau Hanazakari No Kimi Tachi.
Sinopsis secara ringkasnya mengisahkan pengorbanan seorang GADIS remaja, Mizuki yg menyamar menjadi LELAKI remaja di sekolah khas bg laki-laki di Osaka Gakuen.
Kerana dihantui rasa bersalah, dia yg dtg dari California, Amerika Syarikat pulang ke Jepun untuk ke sekolah Osaka Gakuen. Tujuan yang dibawa hanya satu – mengembalikan semula senyuman teman lelakinya dahulu iaitu Sano. Namun, dalam pada masa yg sama, Nakatsu tidak menyangka bahawa dirinya seorang homoseksual/gay kerana dia mencintai Mizuki – ini kerana di sekolah itu hanya untuk laki-laki. Lagi pula, Mizuki yang menyamar jadi lelaki. Hakikatnya, Mizuki seorang gadis!
Kisah yang berlatarkan tema persahabatan dan percintaan yang begitu kuat dan menarik. Antara lain, ia turut mengetengahkan isu keazaman daripada kesilapan dahulu.
Filem kedua, Tantei Gakuen Q atau dalam bahasa Melayunya, Akademi Detektif Q (setahu saya. X pasti betul atau salah). Kisah ini lebih thriller berbanding Hanazakari.
Kalau Conan penyiasat mudanya semua kanak-kanak. Namun, Conan ialah yang paling menyerlah. Dalam Tantei Gakuen Q pula, setiap watak itu punya peranan yang ampuh.
Watak utama mempersembahkan Kyuu (Kamiki Ryunosuke) sebagai watak yang cepat menangkap klu di sebalik watak antagonis. Kelebihannya menyerlah berbanding watak lain kerana dalam banyak penyiasatan, Kyuu amat teliti sekali dan dialah yang paling pantasa menyelesaikan muslihat dalam sesuatu kes termasuk pembunuhan. Wataknya agak gila-gila sedikit.
Watak kedua ialah Ryuu (Yamada Ryosuke). Watak ini berpersonaliti misteri. Hampir sama seperti Kyuu tetapi dia paling menyerlah sehingga pada awal episod, dia dipuji oleh Detektif Nanami, pembantu detektif tersohor, Detektif Dan-sensei. Sesuai dengan pelakonnya yang saya minati. Pelakon ini juga berbakat menyanyi dalam satu kumpulan besar yang popular di Jepun, kumpulan Hey! Say! JUMP.
Watak ketiga menampilkan gadis tunggal yang terlibat dalam kalangan watak utama. Megu lakonan Shida Mirai. Wajahnya kiut-miut. Watak ini kelebihannya dapat mengingati sesuatu yang dilihat dalam tempoh yang singkat. Mungkin jika anda melalui jalan raya, anda akan tidak ambil kisah mengenai nombor plat kenderaan. Tapi bagi watak ini, dia mampu menghafalnya walau pun dia sendiri tidak mahu melakukannya! Oleh kerana dia mempunyai kelebihan itu, pelajar sering mengatakan dia tidak adil. Menyertai Akademi Detektif untuk menunjukkan yang dia juga mampu berbakti kepada masyarakat. Kesulitan lain, dia sering takut untuk melihat mayat lagi-lagi yang mati tragis. Kerana susuk tubuh mayat yang mengerikan itu akan sentiasa berada di kotak fikirannya.
Watak keempat ialah Kazuma (Wakaba Katsumi). Bercermin mata, optimis dengan kebolehan sendiri, dan mempunyai sedikit perasaan bangga diri. Walau pun ramah dalam kalangan perintis berlima itu, tapi Kazuma amat mahir dalam mencari maklumat dalam komputer. Bayangkan, pada usia Tingkatan Dua, dia telah mempunyai kontrak pekerjaan sebagai pembuat game-video!
Watak kelima mempunya kelebihan mempunyai sudut pandangan mata (eyesight) 4.0. Selain kelebihan itu, watak yang bernama Kinta lakonan Kaname Jun mempunyai keperkasaan yang gagah. Di samping itu, dia merupakan ‘abang’ kepada watak-watak muda yang lain.
Akademi Detektif mengisahkan perjuangan lima sekawan bagi menjadi perintis kepada detektif tersohor, Detektif Dan-sensei. Antara kelima-lima peserta, hanya seorang yang akan dipilih.
Drama ini banyak mengajar erti persahabatan, sedikit unsur percintaan. Konsep yang diketengahkan ialah penyiasatan thriller. Tidak banyak konflik yang muncul diawal cerita. Plotnya kemas dan kes-kes yang harus diselesaikan juga rumit namun nampak mudah apabila kelima-lima sekawan ini bergabung kebolehan yang ada.
Konflik lima sekawan ini muncul di episod 7 hingga 11 di mana Renjou Satoru, bapa Kyuu dahulunya pembantu Dan Sensei. Bapa Kyuu mati dibunuh oleh keluarga Ryuu. Keluarga Ryuu sebenarnya kumpulan jahat yang diketuai oleh King Hades. Kegiatan mereka ialah menyediakan perkhidmatan merancang pembunuhan secara konsisten. Ryuu merupakan pewaris tunggal King Hades. Dalam darahnya mengalir darah lelaki itu.
Namun persahabatan mereka utuh semula. Pun begitu, Ryuu dicurigai apabila dituduh membunuh pewaris hotel yang dibina oleh bapa Ryuu bernama Amakusa. Pewaris itu seramai lima orang, setiap mereka dibunuh satu persatu. Tapi sebenarnya, semua itu dirancang oleh Datuk Ryuu iaitu King Hades.
Walau pun hanya bertahan sebanyak 11 episod, Akademi Detektif wajar dipuji dari segala aspek. Cuma pelik, kenapa tak ditayangkan di Malaysia?
Bukanlah filem Malaysia tidak berkualiti, cuma kisah ini membentuk remaja. Kebanyakan drama Melayu lebih ke arah filem cinta walau pun disasarkan untuk golongan remaja. Akademi Detektif yang diilhamkan dari komik membawa anjakan di mana lengkap segalanya dalam satu drama. Thriller, suspen, cinta, persahabatan dan penyiasatan. Penonton juga diajak memikirkan sama penyelesaian kes-kes yang terlibat.
Harap adalah filem/drama Melayu yang boleh buat cerita macam ni. Kalau tak ada masalah, saya pun nak buat novel penyiasatan gak!