Hai! Salam semua…
Akhirnya, selamat jugak pulang ke negeri kelahiranku, Melaka pada pagi Isnin jam 5.00 pagi!
Nak ceritalah pengalaman yang perit tapi manis untuk ditelan. Dugaan datang macam hujan sepanjang satu hari di Pahang.
Bertolak lebih kurang 7.30 pagi hari Ahad. Sampai lebih kurang 11.00 lebih. Ada yg tidur ada yang bercerita, ada yang cuba cipta puisi, ada yang mengalunkan puisi. Macm2 ragam ada dalam bas JMM (Jabatan Menteri Melaka) (kalau tak silaplah…).
Ada dua bas. Rombongan puisi diserta Jawatan Kuasa Kampung (JKK) terdiri drpd golongan pakcik dan atuk2. Disertai peserta puisi sekolah rendah dan menengah.
Hari Sabtu sy tiba di Muara Sungai Duyong. Siapa sangka, sy lewat sehari dan terlepas Seminar Keris Melayu dalam Tamadun Dunia! Isk… Isk… Isk…
Berbalik perjalanan ke Pahang. Pahang memang banyak hutan. Dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain memang banyak makan masa. Tapi, negeri Pahang banyak pemandangan yang cantik seperti Sungai Pahang.
Askot yang mengiringi kami ialah polis Marshall. Orang pahang pun ramah sebab jika ada yang nampak bas kami, mereka akan melambaikan tangan ke arah kami. Tertera pada bas kami, kami orang Melaka. Barangkali begitulah cara orang pahang menyambut tetamu. Terima kasih! Saya pun tak lepas lambaikan tangan pada mereka.
First place kami visit ialah Rumah Kelahiran Allahyarham Tun Abdul Razak di Kampung Pulau Keladi, Pekan sekali gus singgah di galeri beliau. Semapt saya abadikan kenangan melalui telefon bimbit sy. Kemudian, kami pergi ke Kilang Tenun Kain Songket Pahang yg berdekatan dengan rumah kelahiran Tun Abdul Razak tadi. Kalau nak tahu, satu helai kain songket memakan amsa selama 1 hari tanpa masalah. Bayangkanlah kalau ada masalah!
Tapi hasilnya memang cantik. Harganya juga cantik. Paling murah bernilai RM300 sedangkan sy cuma bawak RM50. Ha! Ha! Ha! Tapi dah kira bernasib baik jugaklah sy ni sebab rata-rata pelajar bawak tak lebih RM30. Alhamdulillah…
Ada majlis sambutan. Yang mengkagumkan sy apabila seorang atuk yang cacat penglihatan bermain biola. Semua rombongan mendengarkannya dengan penuh asyik. Pada majlis sambutan, kami kumpulan nazam dipinta membuat persembahan. Cikgu pun yg memang super karang mengarang nazam dalam masa yang singkat.
Banyak jugak tempat kami tak sempat singgah seperti Muzium Tokoh, Makam Datuk Bahaman di Pekan dan Muzium Perlombongan di Sungai Lembing, Kuantan.
Sepatutnya kami tiba di Jerantut jam 3 petang tapi kami sudah kesuntukan masa lalu singgah pada jam 6.30 (lebih kurang) di Makam Mat Kilau. Rombongan kami disambut baik oleh orang-orang kampung dan kami sama-sama membacakan tahlil di Makam Mat Kilau.
Pemberita Sinar Harian daerah Jerantut hadir dengan kereta kancil comel mereka. Nampaknya, ada peluang masuk akhbar! (gurau aje…
Selanjur kami bersolat Maghrib.
Antara dugaan yang menghalang bila bas belakang kami (sy bas pertama. Ada dua bas aje…) menghentam belakang bas kami. Hentakan itu membuatkan perjalanan kami terbantut sekejap.
Semuanya hanya disebabkan sebuah motosikal yang memencong depan bas tanpa takut pada polis Marshall. Terpaksa break emergency lalu bas belakang tak sempat break melanggar kami.
Mujur ‘kecederaan’ pada bas x seteruk mana pun.
Baliknya, bas kedua tadi selamat jalan ke Melaka sedangkan bas kami jalan jalan jalan, berhenti… Jalan, jalan, jalan, berhenti… Waktu dah injak malam dan lebih kurang pukul 2.30 pagi kami masih di pahang sedang waktu mengikut jadual kami TIBA di Melaka jam 1 pagi!
Sabar jelah bila budak sekolah rendah diutamakan menaiki van DBP (kalau x silap). Sekolah menengah dan cikgu tunggu dalam bas dalam keadaan yg gelap dan dikelilingi hutan.
Pak cik pak cik polis Marhsall sempat bersuka ria di luar. Macam-macam kelakar diorang buat. Salah seorang peserta membuka bacaan surah di telefon bimbitnya. Kami sekadar mendiamkan diri dan ada yang sudah lena diulit mimpi. Kesian…
Bateri handset sy dah kong. Nak dengar muzik, rasa kurang ajarlah pulak sebab bacaan ayat suci al-quran sedang berkumandang. Jadi hayatilah aje dengan sebenar-benar asyik.
Sy tercengang-cengang x tidur. Van pun sampai. Ada dua. Cikgu naik bas lain peserta naik bas lain. Tapi syukurlah jugak walau pun terpaksa berhimpit-himpit. Sy x dpt nak bersandar.
At last, sampailah kami di Melaka jam 5 pagi. Alhamdulillah… Selamat jugak sampai.
Pengalaman ini ada yg dirakamkan peserta melalui puisi yang insya-ALLAH, Dewan Bahasa dan Pustaka akan terbitkan hujung Disember nanti. Tak tahulah puisi kemerdekaan sy diterima Dewan Bahasa Pustaka atau tidak.
Sama-samalah kita tunggu, ya?