Kursus Pengawas SMKST 2008

19 hingga 20 Julai lalu, bertempat di SMK Seri Tanjong, Melaka, sy menyertai satu kursus pengawas bagi sesi 2008.

Memang banyak aktiviti yang dijalankan. Pertama sekali, kami dibawa ke bilik. Hah, cakap tentang penginapan, kami tidur di kelas aje… 5 MPV. Istimewa bagi budak prempuan, diorang tidur di bilik integrasi pendidikan khas di mana tempatnya sy rasa ala home-stay… Fuh! Tak aci, kan? Berhawa dingin siap lengkap set sofa. Budak prempuan jugak boleh tidur di tingkat dua blok… Err. Tak pasti!

Bagi lelaki, tidur di mana-mana tapi perlulah di atas blok sederet pejabat, tingkat atas (cuma dua tingkat aje). Bagi senior, diorang beruntung sebab dapat tidur di bilik rawatan. Walaupun tak berhawa dingin, tapi berkatil. Ada sofa jugak…

Tak apalah… Tapi sy rasa tidur di kelas 5 MPV barulah thrill! Ha! Ha!

Petang tu, diadakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pertandingan teater drama. Kami gunakan nama yg sama.

Kami diarahkan mengetengahkan isu mencuri. Kisahnya… rahsuah antara seorang pengawas dan pencuri. Sy jadi budak baik. Sy nampak semuanya lalu melaporkan pada cikgu disiplin iaitu Sir Ng.

Kak Yin (senior ting 6 rendah) jadi tukang cerita, Aliya dan Raihan jadi guru. Aliya yang hilang bed duit. Abang Faiz (ting. 4)lah dalangnya. Manakla abang Irfan, ketua pengawas sesi petang jadi pengawas yg x pegang amanah.

Kisah ni akhirnya mampu menjadi juara. Jgn x percaya, hampir 90% babak dan dialog dalam drama teater ini ialah tanpa latihan. Apa yg lebih membuatkan kami mcm x caye ngan kemenangan kami ialah, kami langsung x ada skrip. Hanya ALLAH aje yg tau betape gemuruhnya sy nak berdialog spontan atas pentas!

Hamper besar jugak. Antara topik lain ialah dating, melibatkan penghulu kem, Abang Haziq yg macho (kononnya… heh.. heh…). Ada jugak topik datang lewat, buli, hidu gam dan pelbagai lagi. Rata-rata, semuanya memang humor!

Malam, kami tidur aman tenteram walaupun lewat. Hampir lima kali kena tegur ngan abang2 senior tp sy x kisah sngt. Biasalah tu… ;) .

Esoknya, yakni hari Sabtu, sy n geng senamrobik dan ckit aktiviti padang. Lepas tu, dgn arahan GPK HEM, kami tiba ke acara terakhir dlm kem itu iaitu… Projek Khidmat Masyarakat!!!

Kami pergi ke rumah Nek Salbiah (Nek Yah). Di situ, kami buntu sbb x ade peralatan. Tp, mujurlah ade cangkul. Lelaki cangkul rumput yg perempuannya kutip daun-daun kat pokok rambutan. Senang, kan?

Kami dipimpin Cikgu Adnan. Mak cik yg menemani Nek Yah memang baik. Mulanya nak sediakan kuih untuk kami tp akhirnya kami tolak. Dia cuma menyediakan air minuman berupa air teh (1 jag) dan sirap (dua jag).

Cuaca yg membahang membuatkan peluh berjejeran dari liang roma sy. Uka sikit tgn sy. Org biasanya guna parang atau mesin rumput untuk potong rumput atau paling tidak pun gunting. Tp kami guna cangkul. Klakar kan?

Anyway, sy hnya mampu buat separuh denai belakang rumah mak cik tu. Katanya dia susah nak ambil cili padi sebab rumput panjang. (Risau jugak takut ade ular!).

Selain tu sy pun cangkul rumput kat kawasan lain. Sy dan abang Irfan.

Kami x pernah miss solat. Semuanya teratur. Sbenarnya bnyk lg aktiviti yg kami lakukan. Sedikit sebnyk, kem ini merapatkan hubungan antara sy dan kwn-kwn lain. Sebelum ni memng kami jarang sngt bertegur sape!

Sebelum kem sy rase mcm x nak gi aje. Tp hakikatnya, dua hari tu memang best dan menyeronokkan. Isnin iaitu semalam, sy kuatkan semangat utk sekolah walaupun badan penat masih x hilang lagi.

Majlis penutup dirasmikan YB Rahaman yg memang ramah. Malu betul bila gambar setiap peserta dipaparkan di skrin besar! Kami makan nasi ayam balik tu. Malam tu kami makan BBQ berupa sate, ayam percik dan mcm2 lagi. Kenyang!

Semua pihak bekerjasama. Sy jugak dah tahu tentang protokol-protokol dan etika pengawas serta acara-acara tertentu melalui satu kuliah khas.

Cikgu Rosiah, GPK HEM memang sporting dan sentiasa megambil berat tentang kami walaupun ramai kata cikgu ni garang. (Maaf ya cikgu kalau baca artikel ni).

Anjuran Badan Pengawas dan Badan Disiplin sekolah dgn kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKST. Semuanya memang manis. Thank you semuanya!

Katakan

Anda pasti adalah telah log masuk untuk mempos komen,