Salam…
Sesungguhnya, saya ini bukannya orang yg teguh seutuh-utuhnya iman. Saya pernah terlalai dalam keasyikan. Kerana kefasiqan membuatkan saya sentiasa lalai dan leka.
Namun, ALLAH itu Maha Adil. Dia tetap melimpahkan rezeki-rezeki kejayaan, kebahagiaan hidupku di duniawi.
Masanya kini telah tiba…
Malam tadi, pabila disuruh ibuku untuk membaca Yassin selepas menunaikan solat Magrib (apatah lagi pada waktu itu ialah malam Jumaat), saya akur dan taat menunaikannya.
Untuk bersolat, setahun ini, saya masih menjaga solat saya. Namun iman saya… Jauh sekali dari hakikat sebenar.
Saya tiada masalah untuk membaca al-Quran. Dari Aliff hingga Ya saya mampu membacanya dengan lancar. Sebenarnya, sy pernah mendapat didikan tilawah al-Quran daripada Ustaz Rashid bin Ibrahim, ustaz sewaktu di Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam.
Hasil didikannya itulah, aku mula berjinak-jinak dengan tilawah al-Quran meskipun aku bukan golongan hafiz. Aku berjaya mendapat naib johan tilawah al-Quran peringkat negeri Melaka. (Kalian boleh menyemak di laman Profil).
Berbalik pada bacaan Yassin yg jarang-jarang aku jalankan ini.
Ku pasangkan niat untuk sentiasa diberkati-Nya, menunjukkan aku ke jalan menuju keredhaan-Nya, menyinarkan hidupku dengan Nur Hidayah-Nya.
Mengikut tips Ramlee Awang Murshid yang menasihatiku, katanya kunci kejayaannya ialah doa dan tawakal. Tak lupa juga, aku berdoa moga-moga karya novelku diterima oleh editor syarikat ——–.
Dalam kekhusyukan aku berdoa, seusainya, dalam doaku. Inilah yang menganehkan diriku. Hatiku bagai dibelai lembut oleh sesuatu. Damainya terasa menyentuh dalam nuraniku.
Maha Suci ALLAH! Tanpa sedar, doa yg biasa ku pinta dalam seharian solatku lain daripada biasa di malam ini. Aku digamit rasa berdosa dan aku benar-benar terasa kerdil di hadapan-Nya.
Sewaktu aku memohon segala macam permintaanku, detik inilah air mataku mengalir. Mulanya setitis menjadi dua titis, tiga titis dan berterusan lagi.
Aduh… Betapa tenangnya hati, hanya DIA yang tahu!
Dan seusai segalanya, aku bagai mendapat kekuatan untuk berjiwa cekal berhadapan segala dugaan.
Aku tak tahu di mana datangnya ‘anugerah’ ini. Namun yang pasti, yang pernah ku belek dan baca, ‘membaca Yassin itu mempunyai 1001 hikmah yang sulit lagi rahsia….’.
Pabila titisnya si air mata
Tawaduk aku bersujud di hadapan-Nya
Ini sejadah tempat aku berminta
Ini sejadah tempat aku beribadah
Ini sejadah tempat aku berserah…
Dan airmataku gugur lagi…
Ia bagaikan tiada mahu berhenti
Alirnya semacam deras
Namun itu sudah cukup meruntun kalbu.
Aku bukan tersenyum
Bukan bermenung
Aku jauh mengenang
Dosa silam yang memaliti liku hidupku
Ya ALLAH, Tuhan Maha Suci
‘Sentuhan’-Mu bisa menyucikan hati yang fasiq akan-Mu
Atas sejadah ini…
Aku yakin bahawa Engkau akan sentiasa menemaniku
Hidayah-Mu kelak akan memimpinku
Ke jalan keredhaan-Mu
Ya ALLAH, aku berseru,
Sesungguhnya aku naik saksi
Bahawa Engkaulah Tuhan yang satu!