Arkib bagi Jun, 2008

Sekalung Tahniah buat Kak Sri Rahayu!

Penulis ini walaupun masih baru di pendengaran sesetengah pihak, namun tanyalah sesiapa yang menghadiri majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utsan (HSKU). Namanya memang kerap kali dinobatkan sebagai pemenang.

Mengetengahkan elemen pantun, saya rasa, karyanya ini juga tidak akan mengecewakan para pembaca. Ini berdasarkan pemerhatian sy terhadap karya Kak Sri Rahayu Mohd. Yusop yang pernah dinobatkan tempat ketiga pada tahun 2000 menerusi judul Bukan Legasi Lalang.

Bukan senang untuk mencapai tahap top3. Kak Sri Rahayu membuktikan bahawa menerusi novel-novelnya yang pernah dinobatkan pemenang:

 

1)    Bukan Legasi Lalang – Tempat pertama (2000)

2)    Merdekakan Cinta Ratna – Tempat ketiga (2002)

3)    Odisi Tanah Kencana – Tempat kedua (2006)

 

Dan terbaru bagi tahun 2007, Warisnya Kalbu mendapat tempat pertama. Percaya atau tidak, Kak Sari Rahayu berjaya mengatasi penulis popular dan penulis mapan seperti Nisah Haron serta Umi Hani Abdul Hassan. Masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga menerusi judul Tawarikh Cinta dan Baromkeh: Matamu di Mataku

Tahniah sekali lagi daripada saya, Hasif Hamsyari.

Komen (1) »

Pabila Air Mata Menitis Atas Sejadah…

Salam…

 

Sesungguhnya, saya ini bukannya orang yg teguh seutuh-utuhnya iman. Saya pernah terlalai dalam keasyikan. Kerana kefasiqan membuatkan saya sentiasa lalai dan leka.

Namun, ALLAH itu Maha Adil. Dia tetap melimpahkan rezeki-rezeki kejayaan, kebahagiaan hidupku di duniawi.

Masanya kini telah tiba…

Malam tadi, pabila disuruh ibuku untuk membaca Yassin selepas menunaikan solat Magrib (apatah lagi pada waktu itu ialah malam Jumaat), saya akur dan taat menunaikannya.

Untuk bersolat, setahun ini, saya masih menjaga solat saya. Namun iman saya… Jauh sekali dari hakikat sebenar.

Saya tiada masalah untuk membaca al-Quran. Dari Aliff hingga Ya saya mampu membacanya dengan lancar. Sebenarnya, sy pernah mendapat didikan tilawah al-Quran daripada Ustaz Rashid bin Ibrahim, ustaz sewaktu di Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam.

Hasil didikannya itulah, aku mula berjinak-jinak dengan tilawah al-Quran meskipun aku bukan golongan hafiz. Aku berjaya mendapat naib johan tilawah al-Quran peringkat negeri Melaka. (Kalian boleh menyemak di laman Profil).

Berbalik pada bacaan Yassin yg jarang-jarang aku jalankan ini.

Ku pasangkan niat untuk sentiasa diberkati-Nya, menunjukkan aku ke jalan menuju keredhaan-Nya, menyinarkan hidupku dengan Nur Hidayah-Nya.

Mengikut tips Ramlee Awang Murshid yang menasihatiku, katanya kunci kejayaannya ialah doa dan tawakal. Tak lupa juga, aku berdoa moga-moga karya novelku diterima oleh editor syarikat ——–.

Dalam kekhusyukan aku berdoa, seusainya, dalam doaku. Inilah yang menganehkan diriku. Hatiku bagai dibelai lembut oleh sesuatu. Damainya terasa menyentuh dalam nuraniku.

Maha Suci ALLAH! Tanpa sedar, doa yg biasa ku pinta dalam seharian solatku lain daripada biasa di malam ini. Aku digamit rasa berdosa dan aku benar-benar terasa kerdil di hadapan-Nya.

Sewaktu aku memohon segala macam permintaanku, detik inilah air mataku mengalir. Mulanya setitis menjadi dua titis, tiga titis dan berterusan lagi.

Aduh… Betapa tenangnya hati, hanya DIA yang tahu!

Dan seusai segalanya, aku bagai mendapat kekuatan untuk berjiwa cekal berhadapan segala dugaan.

Aku tak tahu di mana datangnya ‘anugerah’ ini. Namun yang pasti, yang pernah ku belek dan baca, ‘membaca Yassin itu mempunyai 1001 hikmah yang sulit lagi rahsia….’.

 

Pabila titisnya si air mata

Tawaduk aku bersujud di hadapan-Nya

Ini sejadah tempat aku berminta

Ini sejadah tempat aku beribadah

Ini sejadah tempat aku berserah…

 

Dan airmataku gugur lagi…

Ia bagaikan tiada mahu berhenti

Alirnya semacam deras

Namun itu sudah cukup meruntun kalbu.

 

Aku bukan tersenyum

Bukan bermenung

Aku jauh mengenang

Dosa silam yang memaliti liku hidupku

 

Ya ALLAH, Tuhan Maha Suci

‘Sentuhan’-Mu bisa menyucikan hati yang fasiq akan-Mu

 

Atas sejadah ini…

Aku yakin bahawa Engkau akan sentiasa menemaniku

Hidayah-Mu kelak akan memimpinku

Ke jalan keredhaan-Mu

 

Ya ALLAH, aku berseru,

Sesungguhnya aku naik saksi

Bahawa Engkaulah Tuhan yang satu!

Tinggalkan komen »

Latar Malar Segar, Identiti HasifHamsyariZone yang terbaru!

Salam!!!

 

Hakikatnya, sudah lama sy tak tumpukan pada blog ni. Baru semalam sy update semuanya. Maaf ya, semenjak dua menjak ni sy sibuk dengan kerja-kerja kursus.

Lagi pula dalam pada masa yang sama, sy sedang menga—- dan ini sy rasakan projek mega sy!

Bagi meraikan kejayaan langkah pertama sy dalam industri penulisan, sy telah menukarkan layout blog ini.

Memilih hijau sebagai warna tema, serta dua pokok yang begitu menyerlah. Konsep ini amat menarik perhatian sy. Sebelum ini, laman HasifHamsyariZone memilih hitam sebagai warna tema.

Pilihan dahulu juga tepat kerana ianya tampak lebih berkarisma. Seperti kata orang… “Hitam tampak elegan..” dan “Hitam nampak esklusif” tapi bagi sy itu lebih sesuai pada org yg mature (bukan seperti sy).

Itu cuma pandangan sy aje…

Hijau mempamerkan jiwa muda bersesuaian dengan sy yg baru merangkak dalam arena penulisan ini. Dengan tekad sy… Angan bisa bertukar kenyataan…

Sy harap, walaupun laman ini telah jelas berubah, anda tetap membaca bahannya. Laman ini bukan sahaja menyoroti kehidupan personal saya sebaliknya pelbagai isu berinfomasi.

Salam ceria daripada saya,

Hasif Hamsyari (tuan rumah blog ini)

Tinggalkan komen »

Nantikan Novel Terbaru Aina Emir!!!

Penglipur Lara ModenPada peminat setia Aina Emir, dapat novel yg wajib dijadikan dalam koleksi anda tidak lama lagi. Begitu juga pada anda yg masih belum pernah baca karya Aina Emir yg penuh mengasyikkan ini.

Ada suatu kejutan pada novelnya kali ini. Saya yakin, dgn ‘pertabalannya’ sebagai seorang penglipur lara moden takkan pernah menghampakan anda!

Tinggalkan komen »

Saingan menjadi penulis TERMUDA semakin sengit!

NOVELIS REMAJA MAMPU GANTI PENULIS HARRY POTTER

 

LONDON – Seorang remaja wanita yang menulis novel pertamanya ketika berumur 14 tahun, Catherine Banner diramalkan mampu menggantikan penulis siri Harry Potter, J.K. Rowling.

Banner, 19 kini menghasilkan novel fantasi The Eyes of A King yang mungkin dijadikan sebuah filem.

Remaja itu yang tinggal bersama ibu bapanya di Cambridge mula menulis sekadar suka-suka.

“Saya membesar dengan tabiat suka membaca dan menulis,” kata Banner.

“Saya mula menulis novel ketika berumur 14 tahun dan biasanya menulis selepas waktu sekolah atau hujung minggu,” jelasnya lagi.

Seperti siri Harry Potter, novel beliau iaitu The Eyes of a King mengisahkan pengembaraan orang muda dalam dunia ajaib.

 

Petikan daripada Akhbar Sinar Harian Melaka/Negeri Sembilan.

 

Fuhlamak! Untungkan? Apapun, saya nak ucapkan tahniah buat akak Catherine.

Mendengarkan umur waktu karya pertamanya diterbitkan seolah memberikan saya kekuatan bahawa seni penulisan kreatif ini sebenarnya tidak mengenal batasan umur. Benar, kan?

Saya pernah bertanya akan hal ini kepada Puan Sharifah Abu Salem, seorang penulis skrip dan penulis novel Alaf21 yang popular dengan karyanya seperti Iris (drama) yang mengisi slot Samarinda di TV3 dan novel antaranya Tiada Lagi Mimpi, Pesona Rindu dan Biar Rindu Berlalu.

Saya bertanyakan tentang soal umur ini di ruangan interaktif Alaf21.com.my iaitu Tanya Novelis:Sharifah Abu Salem. Kata beliau, Sebenarnya tidak ada umur tertentu bagi membolehkan penulis berkarya. Umur tidak penting, yang penting karya dan hasil tulisan itu.

Mulanya saya kurang yakin. Tapi setelah mendapat tahu bahawa kakak Catherine mula berkarya seawal umur 14 tahun inilah yang ‘membuakkan’ semangat saya.

Saya kagum dengan Kak Elaine, penulis termuda Malaysia tapi hasil penulisannya bukanlah jenis novel dan fiksyen. Menjurus kepada motivasi dan budaya etnik.

Bagi umur 16 tahun, saya rasa sudah cukup matang. Tapi 13 tahun seperti saya ini…

Kerana itulah saya ingin sajikan sesuatu yang indah sekiranya tercapai cita-cita sy ini kelak. Saya bukan mengejar gelaran penulis termuda, tetapi sekadar ingin mencuba dan memarakkan bakat saya pada usia sekarang agar saya bisa membiasakan diri pada waktu yang akan datang.

Tinggalkan komen »

Tahniah Buat Novelis-novelis Yang memenangi penulis pilihan pembaca Berita Harian.

Dalam kesibukan festival buku di Kuala Lumpur Convention Centre(KLCC), Sastera Berita Harian telah memberikan penghargaan buat novelis-novelis popular tanah air. Kesemuanya ditentukan oleh novelis itu sendiri. Jadi, tahniah!

Tempat pertama, kemunculan BAYANGAN RINDU, terbitan Alaf21 memang membawa tuah buat novelis ini. Adalah perlu bagi kalian yang bercita-cita menjadi penulis untuk menjadikan beliau sebagai idola atau inspirasi. Siapa tak kenal Anis Ayuni? Kini, dapatkan novel terbaru beliau iaitu SERIBU KALI SAYANG.

Alaf21 terus unggul sebagai penerbit paling berkualiti di Malaysia. Tuahnya berterusan apabila tempat kedua juga diraih daripada novelis syarikat ini.

BUATMU KEKASIH, novel ketujuh Aisya Sofea memang tidak perlu diperdebatkan kemenangannya. Tahniah ikhlas ucapan saya buat novelis-novelis ini dan syarikat penerbitan Alaf21. Untuk anda, Aisya Sofea juga harus dijadikan inspirasi@idola untuk mencapai cita-cita anda. Dapatkan novel terbaru beliau berjudul SELAGI ADA DIA yang bakal menjengah tidak lama lagi.

Norhayati Berahim dengan novelnya berjudul MURNI KASIH berjaya merangkul tempat ketiga. Tahniah juga buat beliau dan syarikat persendiriannya yang menerbitkan buku ini iaitu NB Kara.

Secara keseluruhan keputusan, saya sendiri berpuas hati atas keputusan berkenaan kerana setiap yang bertanding adalah hebat-hebat belaka.

Antara novelis lain yang disenarai pendek, Damya Hanna (SENAFAS RINDU), Sharifah Abu Salem (BIAR RINDU BERLALU), Aina Emir (BUNGA-BUNGA KEMBOJA), Fauziah Ashari (CINTA… TIADA AKHIRNYA).

Tahniah semuanya ikhlas daripada Hasif Hamsyari!

Tinggalkan komen »

Tahniah Pak Habib!

Banyak filem-filem hebat bakal ditayangkan. Hulk, Kung Fu Panda dan khabarnya batman pun tersenarai antara filem yang bakal pecah panggung. Dan salah satu yang masih boleh tersenarai adalah filem Ayat-ayat Cinta.

Pernahkah anda baca novel Habiburrahman El Shirazy ni? Kalau belum, anda memang rugi besar. Apatah lagi, kehebatan novel ini di akui sendiri oleh Pak Samad (Sasterawan Negara A. Samad Said).

Saran saya, bacalah. Sesungguhnya jalan cerita ini menimbulkan aura yang lain daripada yang lain. Baca bukan sesuatu yang rugi, bukan?

Lebih bagus lagi, karya ini bukan satu bentuk bahan hiburan semata. Ia turut mengupas isu keislaman yang begitu menarik di mata saya.

Filemnya sesuai ditonton bagi anda yang masih belum beli atau bukan golongan kaki buku. Sudah diketahui ramai bahawa filem ini telah pun mencetus fenomena di negara jiran, Indonesia.

Kini, Indonesia telah mempunyai kekuatan. Jika kita pernah mempunyai bintang paling menyerlah dan terkenal dengan aura, Mawi turut mencetuskan fenomena, ternyata Ayat-ayat Cinta adalah aura di Indonesia. Yang membezakannya adalah fizikalnya.

Ayat-ayat Cinta ini takkan menjadi tanpa skrip serta cerita sebenar. Ia digarap dengan hebat oleh Habiburrahman El Shirazy. Perlu dapatkan baik novel atau menonton filemnya kerana tertera di novelnya ‘Sebuah Novel Pembangunan Jiwa’ maka tahulah kita kehebatannya.

Tahniah dan syabas daripada saya Hasif Hamsyari buat Pak Habib. Kini, setiap novelnya menjadi buruan saya di samping novelis-novelis Alaf21 yang boleh mencipta nama di persada industri perfileman pula suatu hari nanti. Amiin…

Tinggalkan komen »

Novel Dosa Malam Pengantin daripada Alaf21

Salam…

 

Wa! Tak bestnya cuti kali ni. Dah la fail tertinggal kat Perkampungan Seni Duyong, tak dapatlah sy nak kongsi pengalaman dengan kalian.

Apepun, nak cerita sikitla… Hari tu saya buaikan Ai’dil, adik bongsu sy, harap dapat barangan daripada mana-mana pun syarikat penerbitan. Atas alasan apa, sy pun tak tahu! Takkan dia orang nak bagi sesuka hati, kan? Kah! Kah! Kah!

11.40 pagi pada 31 Mei 2008 posmen dtg rumah saya sambil berteriak “Muhammad Hasif Jelani” dan sy pun jawab “Ya, saya” sambil bukak pintu yang dimangga, sy dtg kat dia. Nampak macam ada bungkusan.

“Tandatangan dengan IC” sy pun tulis. Dah tu, dia pergi setelah dihulurkan bungkusan daripada… Alaf21!!!

Ya, korang pun mesti kata sy ni ‘gayat’. Tp, yalah… Ni 1st time dapat novel pos, mesti ar gembira kepalang… Novelnya bertajuk Dosa Malam Pengantin yang memang menjadi tarikan kakak sy. Kebetulan! Lagi-lagi, semua tahu kehebatan kak Sri Diah.

Alasan sy mendapat novel ini disebabkan e-mel minggu ini di zonalaf. Kalau korang rajin, hantarlah kat alaf21 e-mel korang sebab kalau terpilih, sy yakin, Alaf21 takkan lupa anta novel kat korang. Pos langganan ULang Alaf21 memuaskan! Kalau tak percaya, cubalah!

Dan kalau ada orang kuat Alaf21 baca di laman ini, sy ucapkan syabas kerana sistemnya yang amat bagus. Sy puji dari segala sudut syarikat ini baik bahan-bahan terbitannya, cara pemilihan karyanya dan pelbagai lagi. Sy harap Alaf21 terus menjadi penerbit bahan ilmiah dan kreatif terunggul dan berkualiti di Malaysia. Amiinn…

Sekali lagi syabas sy ucapkan.

Tinggalkan komen »