Arkib bagi April, 2008

Syoknyer pergi pesta buku!!!

Salam… Ingatkan nak update malam td. Tp, badan penat. Therefore, sy ade kerje skul nak disiapkan. So, secara esklusif, sy khabarkan kepada anda, maklumat di Pesta Buku Antarabangsa yang dah pun ke acara penutup semalam…

Pepun, sy tabik siapa yg da pergi. Yg tak pegi, korang mmglah rugi. Namun, sy x de hak nak marah sape2. Lain kalu korang ade hal or jauh mungkin.

Pecaye x, sy dtg dr Mlk.. Dah tu, naik motor tau. Semuernye untuk PBAKL n novelis-novelis kesygn sy. Sy pegi cume 2, sy dan ayah sy!

 

Bertolak dan tibe ke destinasi…

Pagi ni, semuer okey. Bertolak cuma lambat 10 minit aje pd jadual asal… Jam 7 kitorang gerak.

Lebih kurang 10 pg, kitorang sampai. Kirenyer, 3 jam perjalanan. Terus tercari-cari destinasi, dan tibe lewat 10.30 pagi

 

Di PWTC…

Sampai aje ke pintu besar PWTC, sy melangkah ke Aras 2. Di situ, sy x singgah mane-mane booth sungguhpun sebhgn menarik minat sy. Sy trs gi ke booth Alaf21.

Sy beli set trionovel Mei. Masing-masing berjudul…

SELAGI ADA DIA

Aisya Sofea

         

WARNA HATI

Meen Zulaikha

 

 

TERNYATA CINTA

Damya Hanna

 

 

 

 

 

3 novel ni dijangka akn mula meletup bulan dpn. X caye, tngk la…

Seterusnya, kaki sy bergerak ke booth penulis kegemaran sy… Puan Aina Emir di booth KarnaDya. Di sini, sy sempat bertemu bual bersama Puan Aina Emir sementara beliau menandatangani novel yg sy beli.

Aina Emir orangnya ramah. Baik n simple person. Wajahnya mcm Arabic ckit. Appun, semua perbualan dimulakan seorg lelaki, petugas KarnaDya mungkin. Sy x kenal pun.

Mulenye, sy beli dulu novel terbaru Aina Emir. Kak penjual dah bukakkan. Senang ckit keje sy. Dah tu, sy bukak pulak beg sandang. Nak Ambik buku Aura Cinta yg dibeli dr rumah. Ingatkan nak bwk gak Kau Laksana Bulan dan Bunga-bunga Kemboja, tp semua org n kwn pinjam..

Abg ni tanyelah… “Minat nvel ke?”

“Ha’ah…”

“Dari mane?”

“Melaka… Baru aje sampai…”

“Oh… Pergilah kat Aina Emir…” sy pun pergilah. Sng nak dekat dgn Aina Emir sebab ruang novelis di booth KarnaDya berkonsepkan santai. Ada sebijik motor vespa untuk memperkenalkan karya Mimie Afinie.

Bukan seperti booth lain yg sedia kerusi utk novelis sorang-sorang, karnadya konsep terbuka. Peminat boleh berbincang di sofa kecil yg tersedia!

Nak tngk ape sy beli? Ni dier…

Citer ni klu dr muke dpn kiter dah tau, best. Apalagi kalau kite dah tau kualiti penulisnya. Kan?

Ha…. Pastu, duit pun abih… Nak tak nak, sy just jamu mate tngk novel lain yg sy mmg geram sngt smpaikan sy rambang mata.

Tapi, sy hairan bila mana booth Alaf21 di tingkat 2 tu x de novelis spt yg diuar-uarkan. Jadi, sy pun tanyelah kat sorang juru kaunter Alaf21 ni…

Berdasarkan kakak yg baik ni, sy ngan ayah turun ke aras 1. Rupenye tempat yg sy sangke utk budak-budak tersimpan pelbagai khazanah ilmu yg sy cari!

Akhirnye, sy jumpe booth Alaf21 yg amatlah panjang, sesak. Di situ, ade poster-poster para novelis. Impian sy mula berbunga…

Dan akhirnya, sy terlihat kelibat auntie Aisya Sofea, auntie Anis Ayuni, Rose Harrisa, Lily Haslina Nasir, Lynn Dayana. Seterusnye pulak, terlihat auntie Norzailina Nordin, Aleya Annesa dan Damya Hanna. Novelis Buku Prima iaitu Ramlah Rashid dan Zulaila Zakaria tidak silap sy ade same.

Terjumpe Anis Ayuni, hati sy berbunga utk beli novel terbarunye. Jd, sy pun belilah Seribu Kali Sayang…

Auntie Anis Ayuni baik sngt. Semuer lah termasuk Aisya Sofea yg popular tu. Jadi, antara novelis yg sy dpt bergambar ialah Aisya Sofea dan Anis Ayuni.

Duit untuk Seribu Kali Sayang ade org sponsor iaitu ayah sy sendiri. Ahaks!

Berikut antara autograf novelis yg sy dpt di booth Alaf21 dan Karangkraf. (Klik pd gambar utk saiz penuh)

Tandatangan Aisya Sofea

 Tandatangan Anis Ayuni

                              Tandatangan Damya Hanna

Korang nak tngk sy begambar ngan novelis, klik ke galeri foto! 

 Sedanglah leka pusing, ade sekolompok manusia berkerumunan memenuhi satu booth ni.. Ternampak pulak di booth MPHBookstore iaitu catatan angkasawan pertama Malaysia berjudul Reaching For The Star (klik utk besar gambar)

Hati ni tertanye-tanye… Dan…

Aaaaa!!!!!!!! Dr. Sheikh Muszaphar ade kat ctu rupenye!

Teragak-agak nak suruh ayh belikan sbb td dier dah sponsor. Apepun, ayh sy beri! Nanti sy update kat galeri poster angkasawan n muke depan bukunya.

Sorang pak cik terjerit-jerit promote buku itu. Kire promoter lah tu… Sy beli dan terus dptkan tandatangan Sheikh Muszaphar! Nak bukti? Ini buktinyer! (Maaf, gambar cume separuh. Pun begitu, klik untuk perbesarkan gambar)

Kesian Dr. Klu kat tv or ISS senyum x lekang kat bibir. Tp, mgkn sbb penat, tak sempat nak salam dan x sempat nak bual. Semue dah hurung sampat sy tersepit.

Apepun, all the best for Dr. MuszapharEven though u don’t know who i am, always remember that i’m is your fan and u is my idol!!!

Mujurlah ms sy ucp time kasih, dier pandang sy n said “same-same” dgn wajah senyum manisnyer! Mmg betullah tekaan gadis-gadis luar sane yg mengatakan dr ni ensom. Sy pun jeles gak! (Gurau je…)

Habih je 2, lebih kuang jam 12, sy kuar dr PWTC utk ke destinasi seterusnyer…

 

Dah tu, sy mkn laksa kt umah mak cik sy. Dptlah rehat puas-puas sambil tngk tv. Kebetulan, ari tu mak cik sy punye ari jadi. Umahnye kat Tasik Permaisuri…

 

Perjalanan Balik

 

Dlm kul 2.30, br sy balik MLK.. Mase nilah cabaran dtg. Hujan kuat sngt sampai jika kene kulit, silap-silap boleh tembus beb!!!

Apepun, berbekal semangat, sy n ayah sy redah gak. Kebetulan jalan jem. Motor kecik so kiter sng jalan!!! Yes!!!

Sampai Melaka dlm 4.30 ptg. Dan sy selamat akhirnye bersama ayah sy. Doa sy sepanjang perjalanan dimakbul TUHAN.

Apepun, sy harap korang happy dgr coretan sy. Bukan nak tunjuk2, just nak ajk korang gi lain kali…

Best tau… Bkn sng nak tngk Dr depan mate. Bkn sng nak jumpe novelis yg baik n ramah.

Dan balik 2, sy tersedar ‘kehilangan’ sesuatu. Kat PWTC, mane Ramlee Awang Murshid? Argh! Rupenyer beliau x dtg! Dr KL sy bawak Ungu Karmila, Bagaikan Puteri n Cinta Sang Ratu. Hai….

X pelah… Tahun dpn, gi lagi jika umur dipanjangkan. Korang pun tau!

Tngklah hujung tahun or awal tahun depan or bile-bile, insya-Allah, sy akan sebaris dgn novelis Alaf21! Amiiiiin…

 

Bye!!!

Tinggalkan komen »

Kekalahan Pertama, Pertandingan Rasmi Pertama di Sekolah Menengah….

Salam…. Wa… Minggu lepas sibuk sangat. Bnyk kerja kena buat. Dengan kertas kerja, folio dan banyak lagi. Otak ni dah serabut!

Kakak pulak, seem like sedih sangat. Yalahkan… orang jauh rindukan keluarga. Nak ckp ckit, kakak saya orangnya pendiam. Selalu sngt dengan mak sy. Maklumlah… ank perempuan tunggal. Kakak sy x delah kawan prempuan kat umah sy ni. Yg dijadikan tempat mengadu, x lain x bukan, mak saya…

Ni citer pasal sy lak. 3 hb 4 ari tu sy masuk pantun kwsn tanjung. Berentaplah sy dengan SMK Al-Mahdi yang mana semuanya terdiri daripada kaum Adam, mcm saya.

Sy menyertai dua orang kakak teror, Kak Liyana dan Kak Adawiyah. Duer2 kwn kakak sy yg terpisah…

Pengacara suruhlah kiter mengenalkan diri. Sy dgn gemuruh dan terketar-ketar berkata, “nama saya Muhammad Hasif bin Mohd Jelani, wakil putera tunggal dr SMK Seri Tanjong sebagai pemantun ketiga. Terima kasih.”

Huh! Sy duduk balik. Byngkan, sy ni budak ting. 1, diorang tingkatan 4 atau 5 ke 6. Nasib baiklah semuanyer sy dpt jawab.

Apepun, sesudah majlis, sy salam diorang apabila mereka menyalami sy. X pe, sy tak kisah.. Perjalanan sy masih panjang. Lalu, saya mengucapkan tahniah atas kejayaan abg2 SMK Al-Mahdi.

Insya-ALLAH, sy akan berentap lagi tahun depan dngn sepenuh keazaman utk mengembalikan zaman kegemilangan seperti di SK Kampong Gelam dulu! (Ha3x… klu bolehla…)

Apepun, tunggu sy kat PWTC utk Pesta Buku Antabangsa nanti. X sabar rasanya nak autograf SEMUA NOVELIS, dan bergambar dengan diorang!

Insya-ALLAH, sy akn paparkan gambar kat ruangan ni. So, tunggu!!!

 

 

 

Tinggalkan komen »

Laman Baru Bakal Terbit di sini!

Hai! Salam….

Sy dptlah 1 e-mel katanya syor sy adekan ruangan untuk sy bantu. Dah lame jugak sy pike. Pepun, sy akhirnya bersetuju…

Laman ini kelak akan membicarakan apa saja namun tertutup (bukan seperti ruangan forum). Masalah cinta, persahabatan, kekeluargaan dan x lupe penghasilan karya anda boleh tnya kecuali berkaitan politik atau agama. Ini sebab, sy x teror!

Dgn nama ruangan Inter@ktif bersama Hasif, sy mengalukan anda mengajukan soalan.

Hantarkan e-mel dgn tajuk e-mel Inter@ktif bersama Hasif, taipkan soalan anda. Letakkan butir diri seperti nama samaran yg ingin dipaparkan, lokasi anda, juga web (kiranya ade atau ingin dipaparkan).

Certain soalan mungkin sy akn ajukan pd golongan profesional. Nak tahu siapa sy tanya? Para novelis. Jd, ape kate anda ajukan soalan sbb klu anda terus anta pd e-mel, e-mel anda mngkin x dibls memandangkan novelis bnyk kerja nak buat.

Sy tunggu!

 

Salam…

Hasif Hamsyari

Tinggalkan komen »

Kematian Lelaki Tertua Melaka – Misteri sebelum ajal…

Takziah diucapkan kepada keluarga atas kematian Sudar Marto, moyang yang dekat dengan ahli keluarga kembanganku yang kembali ke rahmatullah pada usia 105 tahun dan dikatakan sebagai lelaki paling tua di negeri ini (Melaka).

Mengulas laporan Berita Harian pada 27 Februari 2008 dengan tajuk ‘Lelaki paling tua meninggal’, beliau berasal dari Jogjakarta, Indonesia.

Allahyarham Sudar Marto yang tarikh lahirnya jatuh pada 26 Februari tidak dapat menyambut hari lahirnya yang ke-106 tahun pada 27 Februari 2008. Beliau tinggal bersama dua orang isterinya.

1)  Fatimah Mat – 78 tahun

2)  Elly Maryulianti – 23 tahun (diceraikan pada 14 Februari lalu)

 

Allahyarham Moyang meninggal dunia akibat kecederaan dalaman selepas terjatuh dari kerusi ketika memasang lampu di rumahnya seminggu lalu.

Percaya atau tidak, Allahyarham tidak pernah mengalami sebarang penyakit kecuali penyakit ringan seperti selesema atau demam biasa.

Hasil perkahwinan bersama Fatimah Mat, Allahyarham dikurniakan enam orang anak.

Allahyarham juga ada menyatakan hasrat untuk menyambut tarikh kelahirannya secara besar-besaran pada 16 Februari mengikut keturunannya iaitu kalendar Jawa.

Antara lain, Allahyarham juga menyatakan hasrat untuk meninggal dunia di kampung halamannya di Jogjakarta kerana sudah menyiapkan makamnya sendiri berhampiran ahli keluarga yang lain – ini satu petanda di mana beliau seolah dapat menjangkakan kematiannya.

Lebih misteri lagi menurut datukku, Musa Othman, Allahyarham pernah berkata beberapa hari sebelum kematiannya. Lebih kurang seperti ini:

“Tengoklah nanti, Musa. Kalau abang (kata ganti nama dirinya kepada datukku) dapat lepas Selasa ni (26 Feb), insya-Allah panjang umur. Kalau tak…”

Allahyarham Sudar Marto seorang yang sentiasa cergas dan berhati mulia. Beliau banyak membantu keluarga saya dalam ilmu perubatan tradisional. Antara lain, beliau boleh dikatakan seperti ‘motivator’ jika kami melakukan apa jua kesalahan.

Diharapkan roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keberkatan Allah dan semoga digolongkan antara orang-orang yang beriman… Al-Fatihah.

Tinggalkan komen »